Jangan pura pura. Saya tau abang nak mengorat saya.

by - December 05, 2010






Hai.



22 tahun aku hidup, dan ini adalah kali pertama orang buat post kat blog pasal nak wish birthday aku. Thank you Afiqah Azmee. (kini saya sedang menangis nangis sambil menghembus hingus di lengan baju)


Sisa hari jadi masih terasa, kamon la bak sini hadiah harga seribu dua. Setakat wish kat wall facebook, memang tak materialistik langsung. Typical wish yang aku dapat HAPPY BIRTHDAY HANA! atau HaPpy BiRThDaY hANa MAy GoD BlEss YoU ^_^. Cuba letak HAPPY BIRTHDAY HANA DI SINI AKU SERTAKAN PASSWORD MAYBANK2U AKU, KAU BAYAR JE LA BIL APA APA KAU NAK, AKU BELANJA.


Tu lah. Kecik kecik taknak mati. Besar besar kuat berimaginasi.


Okay dah la. Bosan pulok cerita pasal birthday. Sebenarnya aku pun taktau apa motif aku update blog. Kira apa yang aku tengah buat sekarang boleh di consider sebagai buang masa dan aku tengah ajak kau buang masa dengan aku sekali, amacam? Tapi semalam memang syok. Aku rasa aku mengadap FB dekat 34903 jam sebab jadi lagha tengok budak budak dok tulis happy birthday kat wall aku. Ala ala artis setahun sekali. Bila lagi kan? Dan lepas tu kan setan, kau cerita lagi pasal birthday kau? Jelas dan padu di situ dasar obses kat birthday sendiri, semakin tua semakin nak kena dapat maki.



Di kesempatan aku sedang membuang masa ini, aku ingin menjerkah (eh apa tu) AnakOmarYangGerek supaya sepat sepat update blog dia yang dah 14 tahun tak update, jimbet punya AnakOmar. Hari hari aku tunggu kau update, apa punya turr lah tak update update blog best kau. AnakOmar adalah salah satu blog perempuan yang aku suka gila addicted nak baca sebab ayat ayat dia macam bangkai sumpah lawak nak MAMpuis. Kau pergi tengok ayat header dia : KENAPA KALAU AKU BRUTAL? ADA AKU KACAU KAU BERAK? Maka di situ dah jelas kau dah boleh tau dia gila atau normal. Walaupun dia gila, aku tetap sayang blog dia. Tadi aku sembang dengan dia kat FB, dia kata dia janji petang ni nak update. Maka AnakOmar, aku pegang janji kau, kalau kau tak update, jaga kau. *sambil mengikat kain di atas dahi, memegang bendera dan mengepit pisau potong sayur di celah ketiak* (motif pegang bendera adalah tak pasti)



Dan? Sekarang nak sembang pasal apa lagi? Oh ya. Kau nak tau? Semalam aku kerja pakai baju kurung. Sikit punya cute meletup pungpang pungpang bunyi mercun tau. Dengan high heels, dengan shawl loceng loceng. Eksaited tengok diri cute sangat hari tu, sampai kejap 5 minit aku pergi toilet tengok cermin. Biasalah sendiri masuk bakul sendiri lah kena angkat. Lepas aku balik kerja, mak aku ambik aku. Lepas ambik aku, mak aku nak singgah Tesco beli barang. Lepas singgah Tesco, aku pun ikot la. Tapi aku sedikit konfius dengan apa motif aku ikot mak aku pergi Tesco sambil bawak file yang aku bawak time kat tempat kerja. Kira sekarang, aku masuk Tesco dengan pakai baju kurung, sambil peluk file erat ke badan. Paham tak situasi dia sekarang?


Lepas tu, tengah aku jalan jalan ala ala catwalk sekali sekala kaki ada terkehel sikit sebab aku jalan laju, maka bila terkehel cepat cepat kaverline garu garu kaki hek hek hek. Reputasi kena jaga. Bukan selalu aku cute macam ni. Self confidence jadi tinggi lain macam. Kira bila jalan, pantang nampak ada lelaki pandang aku, aku mesti tuduh dia nak mengorat aku. Dan tengah aku jalan jalan, aku dah perasan ada mamat promote Bonus Link Card usha usha aku. Lain macam betul. Tengok aku atas bawah. Aku kaverline cun. Jalan buat dono. Tiba tiba dia panggil.



Adik! Dik dik dik!

Ye? (Suara kaver sempui sempui bahasa)

Adik dari Agen Takaful tu eh? Jual ape?


--------------------

Adakah pakai baju kurung berserta shawl kelip kelip berjalan sambil pegang file merupakan kategori rupa seorang salesgirl atau pun agen insurans atau pun peniaga?


Eleh. Saya tau abang nak mengorat saya. Tapi abang kaverline kan?


You May Also Like

17 Comments

  1. hehe ensem tak abang tu?

    kalau ensem, cakap la saya ejen takaful, ini nombor saya, kontek kemudian.

    walah~

    ReplyDelete
  2. ahha ade plak ckp nk jual insuran..ahah xpatut2

    ReplyDelete
  3. @ angah
    cun?

    @ adrina
    eh aah la kenape saye tak terpikiaqqqq haha

    @ twinkle
    tak patot tak patot

    @ fatul
    zzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  4. owh FARID KAMIL cepatla masuk meminang hana..!!

    p/s..:..hana minta FB ko!!

    ReplyDelete
  5. lidah kelu..tu je kot point dia nak ngorat cik hanna

    weewit~ ;)

    ReplyDelete
  6. hhaha. ejen takaful. watdehel bro ! baru saja follow kamu ! :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. @ zidEL zhafiz
    haha bagus la kau ni. mintak2 farid bace coment kau :D

    @ zarifahmr
    ceh mane ade die mmg igt i penjual insurance la sbb die tny seyes. tskk

    @ Mouwn
    yaaa maceh

    @ Fatul Akrul Ramli
    zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
    (panjang sket)

    ReplyDelete
  9. haha.
    gaya npk npk wanita bekerjaya lah tu hana.
    ahaha

    ReplyDelete
  10. thanks kak hanna hee.

    mamat tu tengok macam woah bergaya doh dia macam business woman tehee.

    ReplyDelete
  11. suka benar tukar dialog. sbnrnya kaun yg tgur abg tu tp xnak ngaku. ngaku jelah. biasalah tu perigi cari timba. dah kata kena rejek dgn payed karam.

    ReplyDelete
  12. @ nyna
    ish mana boleh wanita bekerjaya. dah tak comel dah. rasa macam tuaaa

    @ afiqah
    padahal mamat tu
    woahhh awek insurance dah datang. nak meniage la tu

    @ razman kaki penipu
    hye budak anc....

    ReplyDelete
  13. @ razman muka burok
    eh jap aku tak puas hati lagi ngan kau ni. ade ke kau kate payed amel rejek aku? aku yg mintak break eh eskuis me. tau ah anc, suke2 nak cakap aku yg cute ni perigi cari timba.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews