Hubungan Ali dan ayah serta kakaknya.

by - January 12, 2013

Bila Training Officer cakap exam nanti adalah open book, sesungguhnya memang enak di dengar, lazat di hadam. Tapi kan, bukan senang nak jadi senang. Aku baru tau rupanya open book test ni lagi la maharaja lawak punya susah. Ada ke patut, soalan ada 100, bagi masa 1 jam je nak jawab? Memang la aku bawak semua buku dengan pekeliling, tapi kalau 1 jam je kasi, jentik taik hidung pun tak sempat wohhh!




Buku-buku semua tebal gila. Ni baru 1, ada lagi 2 buku Pekeliling nak kena bawak. Kalau pegi kelas, semua perempuan style bahu senget-senget dah aku tengok sebab 14 kilo punya buku dalam beg. Yang lelaki cover macho bawak 3 buku tebal pakai sebelah tangan. Maskulin kerr. Kalau aku tak bawak beg, pegang dengan tangan buku-buku tu, dia punya angkut tu dah macam angkut buah habaq ang. Kiri kanan tangan pegang buku, menantang bagai minyak yang penuh, sebijik macam orang angkat kotak hahaha kenapa sedih sangat ni cerita.


Since boleh bawak buku, semua orang pasang strategi letak tagging kat tajuk-tajuk besar every page. Tidak berserabut pun tepi-tepi buku penuh dengan tagging. Last-last kan bila time exam, kau akan blur sebab WOI YANG MANA SATU TAGGING NI MANA SATU PUNYA PAGE, MANA SATU NAK TENGOK MANA SATU MANA SATU?

Stress.


Haritu kuiz markah 40 untuk final pun aku dah menangis nak jawab. Ada lagi 3 subjek, dan pastinya aku takut gila dengan Law. Pentadbiran ni pun makanan aku hari-hari aku terkial-kial nak jawab. Tapi sebena dalam 100 soalan aku jawab semalam, menghiburkan hati jugak. Sebab aku rasa dorang semua tau la kot sengsara dia macam mana nak jawab 100 soalan dalam 1 jam, aku perati ade jugak beberapa soalan yang jawapan dia memang nak bagi kau dapat markah, contohnya :


Ali ingin melakukan pekerjaan luar, apakah yang perlu dilakukan oleh Ali?

A) Mengisi borang Pekerjaan Luar dan mendapatkan kebenaran dari Ketua Perkhidmatannya
B) Memberitahu ayahnya
C) Memberitahu kepada kakaknya dan menyuruh kakaknya memberi borang kepada Ketua Pekhidmatan


HAHAHAHAHAHAHA GELAK SORANG-SORANG TIME TENGAH JAWAB KUIZ.


**


2 bulan ni aku Kursus Asas Perkhidmatan kat Bangi. Bulan 6 ni exam. Gila la punya lama nak kena tunggu  gap baru nak exam. Sebagai orang yang mak enon, tolong lah doakan aku supaya setiap ilmu-ilmu 2 bulan ni diserap sempurna dalam kepala.


Bismillahirrahmanirrahim.


You May Also Like

2 Comments

Jom komen.

Total Pageviews