Clingy Wife

by - February 24, 2019



Masa aku kenal suami aku, aku tak pernah sangka pun that he will be husband. Dah la memang aku suka lelaki mata sepet. Tapi kenapa aku tak terfikir pun masa tu? HAHA. Benarlah, jodoh itu rahsia Allah. 

Sepanjang berkawan dan bercinta, aku rasa boleh bilang dengan jari berapa kali jumpa. Even kalau aku masa tu kursus kat KL pun, kitorang tak jumpa. Lepas kahwin, 3 tahun PJJ. 

After aku dapat transfer ke KL, here we go. Episod jadi bini clingy bermula. 

Aku rasa, bila dah start tinggal sekali yang shape perangai clingy. Kalau suami keluar rumah 2-3 jam pun, message banyak kali bila nak balik. Entah. Dia macam kau tengah main puzzle ada lagi satu tak jumpa lagi. Selagi tak jumpa selagi tu stress. 

These few years, suami ku berganda-ganda busy. Aku rasa macam aku ni bini wakil rakyat, kena share dia dengan rakyat. Sehari 2340440505020014555 billion orang call dia. In a way, I should be proud as his business is growing. Alhamdulillah. 

So ada satu hari, I was having this deep conversation with my husband. Was whining why he always have to be away and outstation, why he needs to be busy, takleh ke tepat pukul 5 dah sampai rumah, pergi kerja macam office hour.... Me being a clingy wife. 🙄



This words suddenly came out from my mouth— tak payah la meniaga. Kerja dengan orang je. And thats when he said to me, ‘yang ada ini sudah harapan, count your blessings.’


___________



Kita, selalu rasa kita tertindas. Tapi sebenarnya kita yang belum puas. 



Kita— selalu rasa kita masih lagi boleh diisi dengan harapan, ‘kan bagus kalau..’ / ‘kalau haritu kita..’ / ‘kalau aku pernah...’  tapi, kita tak sedar, we are always talking about things that cant be undone  and kita selalu bercakap tentang damages that have been done— where, how, why to correct? 


When the option is there— cukup lah mengharap pada yang ada. Yang ada masih banyak yang sisa. Kita yang lupa. Sibuk mahu dibanding - banding, sibuk mahu menuding-nuding. 


Kita, lupa... mahu penuhkan sisa yang ada— mahu ciptakan harapan baru dalam harapan lama, bila yang ini sahaja kita ada— kita tiada pilihan. 




Mari kita mula—bilang syukur kita, bilang berapa bahagia kita. Bila yang ada inilah kurnia, yang masih bersisa inilah apa adanya.



You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews