Jadilah dinding

by - March 03, 2019


Hidup kena macam dinding. Diketuk tak pecah. Ditegur tak endah. 

Tapi, bila disandar—dia sedia menadah.

 Sandar lah, selagi ia menenangkan, aku tetap teguh mendiamkan resahmu sekarang. 

Sandar lah selagi ia menyenang, aku disini, teguh—tak akan hilang.



Selagi aku masih teguh, kau peganglah disini. 
Selagi belum retak, yakin aku masih kuat bertahan. 
Jika pun retak, simen lah ia kuat supaya tidak ternampak. 
Biar tersorok yang buruk. 
Biar tak takot siapa yang mahu sandar dan duduk. 

Aku tidak mahu dinampak lemah,
Sebab aku lah dinding, 
Mahu jadi pelindung,
Mahu yang jadi penyokong, 
Penyenang resahmu yang belum hilang,
Sandarlah—
Disini tempat kau pulang,
Bila kau rasa kau mahu tenang,
Aku sini tetap teguh—
Aku tak akan hilang. 

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews