Terbang Ke Awan Bersama Jetstar!

by - July 17, 2019


Aktiviti melancong ni bagi aku aktiviti yang sihat kalau kita suka bawak family sama-sama sebab time tu la nak bonding sesama family members. Kalau tak percaya try la buat satu trip dengan family. Nak buat trip ni kadang-kadang stress dengan macam-macam contohnya nak book flight dan tempat tinggal. So aku nak bagitau yang korang takyah pening-pening sebab sekarang ni kita ada Traveloka. Traveloka tu web dan apps yang boleh setelkan hal booking and korang boleh buat jetstar booking dengan sesimple yang boleh. Camne caranya korang mesti tertanya kan. So aku nak ajar sket macam mana. 



Ni Website Traveloka


First sekali korang boleh bukak link https://www.traveloka.com/en-my/jetstar dan korang isikan info macam tarikh korang nak pergi. Kalau nak pergi tu jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya kalau nak murah. Kalau tak kisah atau time tu je korang boleh pergi takde hal sebab korang boleh buat perbandingan harga antara airline. Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun 2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang murah. Dia cuma ada 2 jenis seat yang korang boleh pilih iaitu Economy class dan business class. Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi korang yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak murah. Kalau korang rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so korang kena find out dulu sama ada tempat yang korang nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang korang nak bawak dan selesa seat dia. So ikut korang la ye. 

Korang boleh pergi ke Kuching dengan Jetstar sebab dia salah satu destination diorang. Kat Traveloka ni korang boleh cari cheap flights to Kuching and banyak pilihan yang ada dan murah-murah. Antara tempat yang korang boleh pergi kat Kuching ialah Muzium yang tertua di Borneo, Muzium Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata korang tentang bukan sahaja sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD. Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada, korang boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli tanda ingatan sama ada buku, T-shirt dan sebagainya.

Taman Negara Bako adalah taman negara yang terkecil kat Asia Tenggara, walaupun kecil, sebenarnya ia adalah taman negara yang tertua yang terdapat kat Sarawak. Disebabkan usianya ini, hampir semua spesies tumbuhan kat sekitar Borneo terdapat kat dalamnya, kecil-kecil cili padi gamaknya. Bukan sahaja kaya dengan tarikan flora, ia juga menjadi habitat bagi banyak lagi hidupan liar yang lain seperti 150 spesies burung, monyet Belanda (proboscis) dan banyak lagi! Tak cukup dengan itu, kat dalam taman negara yang sama, korang dapat menikmati banyak lagi tarikan alam semula jadi yang lain seperti bukit-bukau, air terjun, paya bakau dan pantai. Secara totalnya, terdapat 16 buah denai yang disediakan untuk korang tempuhi. Pilihan ada kat dalam tangan korang, nak yang penuh dengan cabaran atau jalan shortcut? Apa-apa pun, pakailah pakaian yang sesuai untuk berjungle trekking dan hiking ya? So sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh pergi kat Kuching and aku listkan sikit je sbenarnya so korang boleh explore sendiri. Gunalah Traveloka sebaik mungkin. Hehehe 

Aku pernah ke Kuching untuk work trip, rasanya 3-4 kali jugak. Lama dah tak pergi, jap aku share sikit gambar-gambar aku kesana few years back!





Ni aku bergambar depan Petrajaya. Mudanya muka serious lahhhhhhhh di jari ada cincin tunang gitu! Tahun 2012 ya baru 24 ya sekarang dah 31 ya dah tua T_T





Yes! Cantik kan? Cadangan tempat-tempat yang korang boleh pergi when you arrived Kuching!



Ini gambar yang aku ambil dari dalam flight, Allahu, cantik gila kan? Masa ni memang aku asyik tangkap gambar kat luar, sampai last-last aku muntah dalam flight. Kenangan masa 2012. Hehe!



Jangan lupa naik boat pergi seberang tau! Kat waterfront. Makan mee kolok dan shopping kek lapis.

Korang jangan jadi macam aku, asal naik bot je terus berimaginasi ada buaya sergah dari belakang. Kah!



MASA NI BERAT AKU 38 KG ZIZ, HISH, throwback sangat! Opkos, pergi Kuching takkan tak bergambar dengan Kucing kan? Hehehe. 


___


So korang yang nak travel ke Kuching tu, jangan lupa, INGAT TRAVELOKA, INGAT JUGA KAPAL TERBANG TAMBANG MURAH JETSTAR YA! 


You May Also Like

17 Comments

  1. Wahh banyak throwback ni. Tengok macam akak dah banyak kali je ke Sarawak tu. Kita masih belum ada rezeki lagi nak ke sana. Hehe in shaa Allah ada rezeki akan datang nak juga jejak Sarawak. Nad follow sini ye kak #855

    ReplyDelete
  2. Memang seronok dapat travel dengan family. Boleh spend time together dan happy² jer. Tapi sungguh , nak plan tu yang a bit complicated. Tapi bila dengan trabeloka, memang awesome! Senang sangat nak settled untuk semua. Haish, bilalah nak jenjalan lahi ni? Heheeh

    ReplyDelete
  3. it’s been a while jugak ni tak travel jauh sikit..kalau travel qeela pon suka check out kat Traveloka jugak sbb bnyk pilihan flight dan sebagainya kan hehe..Jetstar mmg familiar tp so far tak pernah try lagi. nice sharing. bestnyaa jalan2 ke Sarawak tuu 😁

    ReplyDelete
  4. Rindunya Kuching! Rasa macam nak pergi lagi sebab last time pergi tak puas. Teringin ke Taman Negara Bako tu sebenarnya dan nak explore setiap trails dia. Interesting kan! Thank you ajarkan step. Traveloka antara website best juga sebenarnya sebab sangat memudahkan! Nice sharing!

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak gi Kuching! Dah la last pegi tu tak jalan jalan sgt sbb banjir. Huhu. NI bagitau cheap flights macam nak suh pegi je ni. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Ramai cakap guna traveloka dapat banyak diskaun. Iza tak pernah lagi guna traveloka. tapi lepas ni boleh try la kot kalau nk pergi travel. Anyway, I love Kuching. Iza pergi sana last year!

    ReplyDelete
  7. best juga jalan-jalan ke Kuching Sarawak ni. dulu pergi sebab kerja, balik hari jer. tak sempat langsung singgah mana-mana. teringin nak pergi lagi

    ReplyDelete
  8. best nya jalan-jalan... dan bertambah best bila dapat terbang dengan tiket murah.

    Mat Drat memang suka sangat dengan Kuching ni, setahun 2-3 kali pergi tak jemu. Suka dengan suasana di sana yang agak aman dan tenang.

    ReplyDelete
  9. Baca article ni teringat kenangan pertama kali ke Sarawak dulu. Teringin nak pergi lagi dengan kawan-kawan. banyak benda lagi tak explore kat Sarawak. btw x pernah lagi naik jetstar

    ReplyDelete
  10. Mouse mommy pernah melancong ke Kuching, suka budaya tempatan, orang yang ramah mesra dan jugak makanannya! Rindu pulak Kolo mee nya.

    ReplyDelete
  11. Emi memang pelanggan setia Traveloka. Tapi pasal jetstar tu emi tak biasa guna. Tak perasan pulak selama ni, hehe. Selama ni duk naik samada airasia, mas atau malindo je kalau penerbangan domestic.

    ReplyDelete
  12. Throwback sungguh nie. Tapi Rawlins memang suka Traveloka untuk apa-apa sahaja trip - nie pun tengah nak rancang untuk family vacation, guna Traveloka je senang.

    ReplyDelete
  13. Belum pernah lagi sampai ke Kuching. Harap adalah rezeki nanti, so bolehlah check out traveloka. Dah banyak kali jugak book bilik dengan traveloka ni, puas hati dengan service diaorang. App pun mudah pakai.

    ReplyDelete
  14. aida x pernah dgn jetstar.
    nanti2 boleh try lah kan.
    sarawak :) pernah ke kuching skali.
    tu pun bukan bercuti, gi bekerja.
    nice. enjoy. dpt makan makanan sarawak.
    beli kek sarawak, ikan terubuk.
    will repeat nanti dgn anak-anak ke sarawak :)

    ReplyDelete
  15. tak pernah lagi travel ke kuching! Memang cantik sangat view dari atas, no wonder lah asyik sangat tengok sampai boleh muntah. Kenangan sangat tu. I tak pernah lagi naik Jetstar, will try this for sure

    ReplyDelete
  16. Kak pernah ke Kucing bsama family tp rasa mcm tak puas round kucing sbb masa tu cuti cuma 3 ari, lgpun flight ke kucing masa tgh murah tiket dia

    ReplyDelete
  17. Oo first time dengar jetstar.
    Ok eh servis dia. Biasa i guna air asia je

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews