Review Makan Sedap Di Klang - Restoran Sisik Ikan Bakar
Hi Korang! Assalammualaikum.
Okay, kita bertemu lagi dalam rancangannnnn review makan dengan hannamaruku *melambai tangan kepada penonton*
Harini aku nak review pasal satu restoran ikan bakar bestwei. Selama ni kalau family aku datang dari Perak, aku mati kutu taktau nak bawak makan pergi mana. Tapi lepas ni, kalau diorang datang, aku tau dah la nak bawak pergi mana. Yes! Nak cari makan ikan bakar fresh dan sedap? Restoran Sisik Ikan Bakar kat Klang. Fuh ngences!
Ni Restoran Sisik Ikan Bakar dari depan. Besar ya restoran dia, sesuai kalau korang nak buat event ramai-ramai. Meriah!
Pastu Restoran ni berdepan dengan GM Klang. Selepas berpenat lelah membeli, apa kata korang membelah dan makan kat Restoran Sisik Klang ni. Jalan kaki je! Hehe!
Jom kita tengok menu yang tersedia kat Restoran Sisik Ikan Bakar ni :
Selain ikan bakar, Restoran Sisik Ikan Bakar Klang ni pun ada sajikan steambot tau. Kuah tomyam steambot dia sedap, ala-ala kuah oden.
Tengok lah waiter apahala hensem sangat sengeh-sengeh dengan pakaian ala-ala pahlawan bertanjak. Seriously, semua pekerja pun sangat friendly tau! Senyummmm je.
Ulam-ulaman pun ada
Ikan fresh yang boleh dipilih. Korang boleh pilih nak buat masak apa tau. Tapi akan sangat recommend korang order masak tempoyak, hoh sedap gila!
Sotong, udang, kerang, kepah, pahat.
Tudiah ikan pari ekor sampai keluar nak pergi mana taktau
Ruangan open kitchen dengan pahlawan bertanjak!
Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi lemak kukus dalam buluh WEH NI HIGHLY RECOMMENDED MATCHING MAKAN DENGAN IKAN BAKAR SEDAP SANGAT
Suami aku bedal sampai 2 pinggan pastu malam-malam ngingau ‘rindu rindu’ 🤣
Manisnya senyuman (bila lagi nak puji diri sendiri)
Sotong bakar berempah madu
Asam pedas
Ikan masak stim limau
Lala masak masam manis
Ni la yang sedap tu, masak tempoyak.
Udang goreng tepung
Gembira ya
Thank you Restoran Sisik Ikan Bakar! Kitorang enjoy gila makan, seronok, sedap eh semua lah!
Korang tau tak apa yang best pasal Restoran Sisik kat Klang ni? Owner
dia berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Sebab tu lah asam pedas, kuah tomyam steambot dan masak tempoyak dia
sedap gila!
Kalau korang nak datang rasa makanan laut yang fresh
kat sini, boleh datang bermula petang ya around 5.00 pm sampai 12.30
malam!
Alamat Restoran kat bawah ya. Waze je Restoran Sisik Klang.
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic Klang
Facebook : Resepi Warisan TOK SISIK
Sebarang tempahan : 019 226 3004 / 016 2240474
18 Comments
asam pedas ngn lala tu msyaAllah sedapnya
ReplyDeletetgk asam pedas ngn lala tu masyaAllah sgt terliur
ReplyDeletesemua sedap nampak semua trus lapar
ReplyDeleteMarsha kalau ke KL memang akan pegi GM Klang ni. Boleh lah nanti try makan kat sini. Nampak menu dia semua sedap & segar. Aishh tazabar plak nak naik KL nanti. Thanks sharing tau.
ReplyDeleteSedap.
ReplyDeleteMakanan gini memang all time feveret lah.
Pilihan lauk nyer pon ya Allah,terbaik!
Best lah dpt gi and makan reramai.
Memang bestlah makanan kat sini...nasi lemak pun sedapkan..lepas penat shopping GM klang bole terus singgah...senang sangat
ReplyDeletenampak sedap semuanya! pernah sekali ke GM Klang bersama keluarga tapi tak sempat pulak nak singgah kt restoran ni. in shaa Allah kalau ada rezeki nak ke sana, aka singgah ke restoran ni sebab seafood sememangnya makanan kegemaran keluarga saya :)
ReplyDeleteAdudu. Terliur nengok nasi lemak dalam buluh tuh ha. Seafood dia pun fresh.
ReplyDeleteMenarik, siap ada ulam ;)
Suami sampai menggigau? Hehehe.
Bolehlah cuba ke sini nanti. Betul betul depan GM :)
Sedapnya tengok smeua makana..ade steamboat..ada makan berlauk..semua macam maknn kampung je..amna tak terliur..bolehla singgah nanti bila balik klang..
ReplyDeleteMemang nampak sedap2 makanan
ReplyDeleteKat sini. Suka dengan konsep yg dipertengahkan iaitu masakan tradisi melayu
wahhh bestnya restoran sisik nie ya. macam2 makanan ada. nampak mneyelerakan semuanya. okay nanti nak singgah. dekat dgn GM klang rupanya
ReplyDeletesemalam pun ada baca entry pasal makanan dekat klang. tak sangka pula dekat klang byk tmpat makan yg best2.. tempat ni pun boleh masuk dlm list. tq share!
ReplyDeleteHuyyo best nya dapat pick ikan mentah untuk di bakar fresh fresh kat situ jugak. Konsep ikan bakar yang macam kat jeti Kuala Perlis jugak ea. Best
ReplyDeleteBanyak makanan laut fresh ni! Tengok ikan pari tu, Mouse mommy dah terliur air liur ni dgn asam pedas! Yum...yum...
ReplyDeletewoww.. menu-menu dia lain dari yang lain.. ada yang dimasak letak dalam buluh tu menarik rasa nak cuba.. boleh la masuk list ni kalau jalan-jalan ke sana
ReplyDeleteI am not into seafood. But I can recommend this restaurant to a friend yg kaki seafood.
ReplyDeletesegar bugar ya makanan laut dia.. hee~ nanti akak try singgah bila ada masa.. tak boleh lah tengok gambar-gambar awak.. terliur jadinya..
ReplyDeleteSegar je seafood dia. Kena try ni. GM belakang rumah je.hehe
ReplyDeleteJom komen.