MBH Medispa - Pusat Rawatan Kecantikan Bumiputera Di Malaysia

by - October 11, 2019




Hi Korang Assalammuaalaikum.

Ada tak kat sini yang tengah cari SPA untuk untuk rawatan kulit muka? Okay aku nak cerita kat korang pasal MBH Medispa. Korang tau ke pasal MBH Medispa ni? MBH Medispa kini dkenali sebagai salah satu daripada pusat rawatan kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia. Dah bertapak selama 10 tahun tau uolls! Power gila! Nama MBH ialah singkatan kepada Maya Beauty House dan perkataan Medispa ialah gabungan perkataan medical dan spa.

Siapa Pengasas MBH Medispa?




Pengasas MBH Medispa, Puan Yaya Mohamad.
Puan Yaya telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk kencantikan dan membuat rawatan kecantikan dari rumah ke rumah. Pada tahun 2010, Puan Yaya telah mengembangkan perniagannya dengan membuka premis kecantikan pertama beliau di Kajang Prima, Selangor.

Apakah rawatan yang diberi di MBH Medispa?

MBH Medispa bukan sahaja menyediakan servis rawatan wajah, malah memberikan rawatan insentif untuk merawat masalah kulit yang lebih terperinci seperti parut jerawat, jerawat, jeragat dan sebagainya. 






Ni list rawatan yang disediakan di MBH Spa. Banyak gila weh! Korang boleh pergi dulu spa dan consult dulu dengan consultant apa masalah kulit korang dan nanti dorang akan recommend rawatan yang sesuai okay :)

Perasmian dan Pembukaan MBH Medispa Terbaru Di Nilai, Seremban 

Pada 24 Ogos 2019, aku berkesempatan untuk pergi ke perasmian MBH Medispa di Nilai.Dapat jumpa depan-depan pengasas dia Puan Yaya soooo humble and cantik sangattt! 



Masa perasmian ni, memang banyak gila lah promosi untuk customers yang datang! Bloggers yang datang pun diberi baucer rawatan OMG tak sabar weh nak pergi, tapi tu lah keadaan tak mengijinkan ku huuuu so simpan hajat dulu. 


Masa ni sementara tunggu program start, tunggu dalam kereta sebab dalam spa memang penuh gila customers! Kereta tinted, pasang aircond di tengah hari terik fuh memang ketenangan. Pastu dah la kereta tinted tetibe tertekan hon, habis semua orang pandang ingat gangster mana. 


Lepas tu penat duduk dalam kereta, sambung makan di luar. Anak aku tambah bihun sampai 3 kali sampai kat tangan pun melekat bihunnya yaAllah lapar sangat ke anak aku ni ampun aku yaAllah..


Okayyyy, sambung. 

MBH Mediaspa Nilai Cawangan Yang Ke 22! 

MBH Medispa dah ada 2 Cawangan tau kat Negeri Sembilan, termasuk branch Nilai ni, sekaligus ia menjadi Cawangan yang ke 22 di Malaysia FUH GEMPAK. Majlis pembukaan MBH Medispa Nilai dirasmikan olen penyanyi rap terkenal W.A.R.I.S yang merupakan artis kelahiran negeri tersebut. Beliau juga merupakan antaran artis yang kerap datang ke MBH Medispa untuk membuat rawatan kulit wajah. Kau ingatttt lelaki takleh pergi spa? Kelas kau WARIS! HAHA. 







Sementara tunggu perasmian, kami di brief juga tentang produk-produk under MBH Dermacare iaitu Set Dermaklair. Founder Puan Yaya sendiri yang brief tau. Bukan kaleng-kaleng ;D

 Apa itu Dermaklair?

Dermaklair adalah produk penjagaan kulit semula jadi berasaskan bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit tidak kira wanita wahupun lelaki yang mengalami pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat, parut, pigmentasi, penuaan, nada kulit tak sekata dan sebagainya. Sebelum itu Dermaklair dikenali sebagai MBH Dermacare yang mana sekarang dah dibuat penjenamaan semula kepada Dermaklair. 

Yang paling best, produk ni guna khidmat ahli kimia yang berpengalaman untuk memastikan produk yang dikeluarkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan. Mereka sentiasa membuat penyelidikan dalam meningkatkan fomulasi menggunakan bahan semulajadi untuk mendapatkan input terbaik terhadap produk dan aplikasi penjagaan kulit pelanggan. 


Okay, ucapan sikit dari founder, Puan Yaya. 


WARISSSS


Emcee dia best gila, speaking Negeri Sembilan, selamberrrr, best sangat! 


Satu gambar dengan Puan Yaya. 
Omak ai tangkap gambar sebelah orang cantik terus muka jadi macam kipas. 




Perasmian oleh WARIS dengan founder di hadapan spa. 

Sebelum kami balik, kami dibawa melawat ke kawasan spa. Disini la aku sempat tangkap gambar beberapa shot je sebelum henpon ke kehabisan betri. 



Consultant sedang buat skin analysis. 

Okay last but not least, 

Untuk tahu lebih lanjut pasal MBH Mediaspa Nilai ni, korang boleh layari laman sosial berikut : 

Instagram : MBH Mediaspa Nilai


Okay,  bye!





You May Also Like

19 Comments

  1. dalam tempoh 24 jam, dah 2 entry mek tengok tentang mbh. nampaknya kena booking slot weekend ni untuk bermanja manja di sana.

    ReplyDelete
  2. Dah cawangan ke 22 dah ye - memang power la servis MBH nie kan. Ada satu kat Bangi kan - Rawlins tak pernah lagi ke situ untuk relax. Perhaps I should go.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya cawangan depaaaa. Berkembang pesat MBH Medispa ni. Tapi to be honest dengar review good and bad semua sama. Depends on the branch lah kut. Hopefully all branch ada doctor or beautician yg berlesen kan utk elakkan benda tak elok.

    ReplyDelete
  4. Tahniah medispa, ramai juga review best2 di medispa ni, maybe one day kena cuba rawatan kat sini

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing! Time to pamper ourselves!

    ReplyDelete
  6. At first baca tajuk ingatkan MPH kedai buku tu. Pelik MPH ada spa :p First time pula dengar MBH Medispa. Dah masuk cawangan ke-22 tu kira hebat la! Mesti servis dia sangat bagus that's why boleh sustain lebih 10 tahun. Ada rezeki boleh try ni.

    ReplyDelete
  7. zaman sekarang syok juga servis macam ni, suka dibelai di manja, cepat2 booking spa macam ni.

    ReplyDelete
  8. Senang nak ingat nama spa ni sebab MPH — sama dengan kedai buku. Hehe. Hebat juga ye sebab dah buka banyak cawangan.. bukan murah-murah nak buat spa jenis premis ni. Mesti bagus servis dia.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga cawangan MBH ni ya, dah banyak sis tengok opening sana sini lately ni.Kena cuba jugak satu hari nanti ke spa MBH ni

    ReplyDelete
  10. Banyak betul cawangan mbh kan. Best!. Kita nak try juga rawatan dia tapi kat area shah alam jer. Wahh dapat jumpa waris ya hari tu. Heheheh. Ni kalau anak ada mesti dia excited

    ReplyDelete
  11. Makin popular MBH ni sejak viral.. banyak cawangan dah buka.. syoknya kalau dapat berpeluang membelai diri kat mbh ni.. tapi masa pulak mencemburui.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Selalu jugaa dengar tentang spa ni. Tapi macam saya mmg langsung kurang ambil tahu pasal spa dan penjagaan muka. Sejak dua minggu belakangan ni baru start nk ambil tahu. Semoga lebih banyak cawangan ya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah mbh medispa untuk pembukaan baru ni..banyak dah cawangan dia..tempat ni memng bagus..ada macam2, untuk kulit , rambut..ade bahgaian2 dia..

    ReplyDelete
  14. Wah kat nilai dah ada mbh... Ramailah nnti yg dtg lagi2 budak2 u dan kolej sana.. Hehee.. Kita pernah dptkn treatment facial kt mbh..mmg best dan berbaloi jugalah buat kt sini...

    ReplyDelete
  15. I saw many friends tried MBH facial, macam bagus juga. Nanti kita nak singgah.

    ReplyDelete
  16. lama dah dengar pash mbh medispa nih trapi belum sampai2...paling teringin nak cuba dia punta facial ..ada rawatan moden dan tradisonal ..soa pelanggan ada pilihan ..itu yg best

    ReplyDelete
  17. Member satu maktab saya Yaya Mohammad tu... hehehehe... tahniah ya MBH... memang bagus MBH ni... pakej lengkap dan terbaik gitu... bolehlah nanti dapatkan rawatan kat cawangan-cawangannya ya gaissss...

    ReplyDelete
  18. Tahniah MBH medispa atas pembukaan cawangan baru. Semakin berkembang business Dan rasanya bnyak cawangan hampir seluruh Malaysia. Kalau sebut medispa mestilah suka nak manjakan diri Dan jaga kukit wajah.

    ReplyDelete
  19. Interesting lah, rasa cam terpanggil untuk mencoba mBH facial ni

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews