Resipi Cinnamon Rolls Step By Step Mudah Dan Confirm Jadi

by - May 31, 2020



Assalammualaikum.
Hai korang! 

Okay, seperti yang dijanjikan, harini aku nak share korang resipi cinnamon rolls versi senang sangat. Uli guna tangan pun boleh. Aku boleh cakap resipi ni confirm jadi since aku buat pun tak betul-betul perfect sebab dengan keadaan yang kelam kabut hahaha. Bayangkan Umar macam tau je aku tengah nak membaking, time ni la dia ekkk ekkk ekkkk. Mana tak charlie chaplin aku buat cinnamon rolls ni asal nampak rupa je. Nasib baik jadi oi! 

Aku ni punya la suka sangat makan Cinnamon Roll. Sejak pernah order kat SINI memang lepas tu teringat-ringat. Tapi tulah jenuh nak order sebab based dia kat Shah Alam. Tengok lah cinnamon rolls dia oii ngences ke tak! 


Credit : Instagram @cinnamombites


Aku pernah order sekali masa tengah join satu kelas kat Shah Alam. Sedap gila nak mampos yaAllah, masa tu dah la makan share-share, menyesal rasanya beli satu kotak. Aku nak rasa semua flavor pun jadi segan sebab nampak lapar bebenor tapi memang lapor pun! Haha. Redha je la rasa sorang sikit kan. Tapi lepas tu aku tak order lagi dah, aku pun tak ingat kenapa, boleh eh camtu. Dan sekarang ni tiba teringin, masalahnya kat area Cyberjaya aku jenuh cari takde mengidam sorang memendam perasaan tiada siapa yang tau.

Ye Makcik Tipah angkat tangan nak tanya apa? Tunggu jap segmen kita belum bermula hahaha tiber berangan dalam cooking show ke okay dah takyah merepek lagi marilah kita start! 

Resipi Cinnamon Rolls Senang Sangat Step By Step 

Bahan Untuk Roti 

3 1/2 cawan tepung gandum / tepung roti 
(aku guna high protein flour) 
1/4 cawan gula kastor 
1 sudu besar yis 
1 biji telur  gred A / size L 
1/4 cawan mentega (dilembutkan)
(aku guna pure butter) 
1 1/4 cawan susu segar 
1-2 cubit garam 

Bahan Untuk Filling 

1 cawan kismis / buah campuran dicincang 
(aku tak guna pun) 
1  cawan gula merah 
1 sudu teh serbuk kayu manis 
(Aku guna 1 sudu besar) 
Mentega / butter untuk di sapu

Bahan Untuk Topping

 113 gram cream cheese (dilembutkan) 
2 sudu besar mentega (dilembutkan) 
2 sudu besar susu penuh krim 
(aku tak guna pun aduhh manis sangat) 
1 sudu esen vanilla 
1 cawan gula icing  


Cara-Cara Untuk Buat Cinnamon Rolls 

Roti 


 Satukan dulu semua bahan kering. Tepung, yis dan gula. Kacau rata bagi semua bersembang mesra. Lepas tu boleh masukkan butter dan boleh gaul guna tangan. Tapi aku gedik, aku guna mixer. Make sure guna hook yang untuk roti tu tau. Alaa nak tunjuk ke camne rupa dia? Ngade la kau ni. 



Sumber : Google. 



 Okay, lepas tu aku mix kan telur dan susu. Masa ni aku pegi mix sekali dengan butter. Patutnya butter tu masukkan dan ramas sekali dengan tepung masa step first tu.


Next, masukkan mixture telur dan susu tadi dalam tepung. Kacau sebati. 


Bila dah sebati nanti lama-lama dia akan jadi adunan dan start terbentuk doh. Masa ni aku dah start uli guna tangan. Uli je sampai jadi doh, kalau rasa masih melekat adunan tu kat tangan, tambah la tepung sikit-sikit tapi jangan banyak ya! Kang keras kejung cinnamon roll kamu.



Pastikan tak melekat dan kau uli sampai terbentuk macam ni. Doh aku ni tak cukup uli dan tak cukup licin. Sebenar kena uli lama sikit tapi aku buat dalam keadaan yang kelajuan dan kelam kabutan sebab Umar asyik nangis cari aku T___T
So asal ada bentuk je aku buat ni! Ingat ya kena uli lama sampai elastik baru la bun kau jadi elok lembut. Okay, dah jadi doh, kau biarkan kejap bagi doh mengembang sekali ganda. Tutup lah dengan apa-apa. 

Sementara tu,kita sediakan topping pulak. 



Korang masukkan je terus cheese, gula icing, esen vanilla dan butter. Pastu mix la sampai dia sebati. Aku tak letak susu pekat tau, kalau korang rasa korang tak cukup manis boleh la menambah kemanisan itu. Aku dengor susu pekat manis pun dah terbayang-bayang manis leting nye tu oi! 




 Sampai jadi macam ni. Pastu pegi simpan peti ais dulu. Kita kembali ke doh kita yang diperam tadi.


Doh dah mengembang seganda, so kita boleh start menguli dan letak filling.Abaikan lah rupa doh tu dah buruk sebab aku pegi kacau-kacau pastu baru tangkap gambor. HAHA.



 Masa ni cuba korang tarik doh korang camni, pastikan elastik dan boleh tarik camni tau. Ni dah betul la walaupun tak perfect. Macam aku bagitau, patutnya doh ni kena lagi licin. 



Ambik lah roller dan kita akan roll kan doh ni jadi empat segi. Eh betul ke nama benda ni roller eh lantak lah. Tabur tepung ya kat tempat nak roll doh ni, nanti melekat. 



Kamu gelek-gelek lah sampai lah jadi empat segi macam ni. 



Ahahaha saje nak tarik lagi nampak takkkk dah berapa kali aku ulang, kalau boleh tarik macam ni means you are doing the right thing! 



Baiklah sekarang time nak letak filling. Sila la maafkan filing aku yang selekeh tu time ni adik aku dah ada kat sebelah sambil pegang Umar ya Umar tengah melalak. Mana dan je lah aku sapu! 

Mula-mula kau kena sapu butter. Lepas tu kau letak lah cinnamon + sugar, tabur kat atas. Cinnamon dengan sugar tu kau campur lah dulu sesiap baru tabur. 


Gulung jadi camni. Alaaa time gulung tak sempat tangkap gambo. 


Potong macam ni. Mula-mula aku guna pisau, jadi penyet. So aku potong guna benang. Cara dia, kau letak benang tu kat bawah, pastu tarik la ke atas macam ni. Senang je sis. 



Lepas potong, susun helok-helok dalam tray macam ni, pastikan jarak-jarak. Sebab nanti doh akan mengembang sekali ganda. Gris dulu loyang dengan butter. 



Tutup doh dengan cling wrap, aku takde so aku guna plastik je. Sebab sebelum bakar, nak bagi doh naik lagi sekali ganda. 


Macam ni. Pastu bolehlah pegi bakor. Ikot oven masing-masing ye. Aku guna oven dapur je, api bawah. Bakar dalam 20-30 minit, rajin lah jenguk. Kalau dah tukar colour tu okay la dah masak. Nanti rumah kome semerbak bau cinnamon oi sedap sungguh! 


Dah siap bakar, nanti dalam oven pun dia akan mengembang lagi tau. 


Keluarkan topping kau tadi, aku nak senang, masukkan dalam piping beg dan aku pipe dulu. 


Pastukan ratakan dengan sudu.


Segenap pelusuk ruang celah bedah aku letak cheese ni sebab taknak membazir. Tak benapas cinnamon rolls aku haha. 


Agituu. 


Aku apa kira, time panas-panas ni lah aku makan terus woi sedap T_T puji masakan sendiri. Lantak lah siapa lagi nak puji kan? 

Ahahaha. 


Untuk korang dapatkan idea buat cinnamon rolls ni, boleh la tengok video ni. Resipi dia lebih kurang, teknik yang sama.




Semoga bermanfaat dan sudilah share hasil korang buat nanti. 

Bye! 


You May Also Like

5 Comments

  1. Sedapnya! Terima kasihh ajarkan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, nampak sedap sangat ni.

    Kita dah follow blog ni #870

    ReplyDelete
  3. Sedap sgt sis yr resipi....dah cuba....tks for yr awesome resepi

    ReplyDelete
  4. Saya dah try guna your recipe... sedap sgt, gebu.. thanks, jzzk..

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews