Review Makan Sedap Di Cyberjaya : Breakfast Di Bunch Oh Cafe Cyberjaya

by - July 19, 2020


Hi korang. 
Assalammualaikum.

Aku ni kan, duduk kat Cyberjaya tapi tak pernah explore kawasan sekitar. Memang bukan jenis mencari tempat makan. Sebab aku selalu masak kat rumah, atau kalau dah setia dengan satu tempat, tempat tu jelah aku pergi sampai Abang Jamil mampus. Haha. 

Pastu pagi ni bangun-bangun terus mengigau nak breakfast kat Warung Bunian. Ya, bertenang. Bukan warung yang dimiliki oleh orang bunian atau tukang masak nya orang bunian. Tapi tempat makan on the way ke Bangi, betul-betul tersorok sebab kau kena belok kanan dan jalan terus, turun bukit haaaa baru nampak kedai dia. Wah sebuah penjelasan semangat bagitau jalan. HAHA. 

Jadi aku pun dengan penuh keyakinan ingat aku adalah orang paling awal sampai, OKAY JANGAN BERANGAN. PUKUL 8.15 AM SAMPAI PASTU ORANG MACAM SEMUT. 



NI SEMUA SEMUT BERKAWAD SATU SATU HORAAA HOREYYY

Gila betul. Punah harapan ku nak makan nasi lemak telur bungkus di atas dan murtabak pedas nasib baik bukan mengandung. Jadi, marilah berpatah balik ke jalan kebenaran. 

Tiba-tiba teringat pernah ada sorang kawan kat taman rumah aku ni cerita pasal tempat breakfast best di Cyberjaya. Katanya ada kat dalam Malakat Mall. 

Entah aku pun, tak pernah tau. Saje lah cakap kat Din, mari kita cuba, boleh test tengok sedap ke tak. Kot lepas ni boleh jadi port peberet. Nama tempat makan tu  Bunch Oh Cafe Cyberjaya. 



Ni entrance dia, abaikan lah Aqilah dengan baju tidur. Seluar Umar kenmaen biru muda jauh-jauh dah nampak tu nak pegi mana???! Teruk gila taste Mummy belikan seluar kat baby boy. HAHAHA. Bersyukur lah Umar, asalkan bukan pink sudah lah.

Dah lah haritu tersalah belikan jumper kat Umar, siap ada love-love. Memula tak perasan, pastu bila pakai kan rasa macam aneh betul perasaan tu. Ish pakaikan 5 minit je terus bukak balik rupanya tu memang baju girl CEH MUMMY NI. Perangai kelam kabut begitu abadi, habis Umar jadi mangsa fashion Mummy T________T



Sabar ya Umar ber-mak kan Mummy. Harap Umar tabah dalam menempuhi lain-lain fashion dari Mummy bila besar nanti. 

Nampak ke tak muka Umar penuh kesabaran tu? Kah! 

Pastu takyah komen eh baju tidur Mummy juga, maleh aku nak melawa setakat pergi makan breakfast je. Jumpa orang kita kenal, kita kena lah buat-buat tak kenal, bukannya susah. Atau, pakai lah mask tutup mata sekali, OKAY LAH HANA HAMBAR.

Kat Mana Lokasi Tempat Breakfast Best Di Cyberjaya Ni? 

Lokasi Brunch Oh Cafe Cyberjaya 

Okay, senang je nak cari. Korang waze je Malakat Mall Cyberjaya kalau Bunch Oh Cyberjaya takde dalam waze. Eh tapi tak silap aku tadi ada je. Kedai makan ni ada kat dalam Malakat Mall tau, memang senang je nak cari, dan owned by Muslim OF COURSE LAH SEBAB KAT DALAM MALAKAT MALL. 

Sampai-sampai je, ramai nya orang!


Ni kat luar, kat dalam pun boleh dine jugak. 

Apa Menu Yang Ada Di Bunch Oh Cafe Cyberjaya Ni? 

 Banyak tau, tapi yang famous kat sini Roti Sarang Burung OMG sumpah sedap! 



Roti dipanggil sarang burung sebab dia biar kosong kat tengah roti canai tu, pastu letak telur. Bukan sebab burung bertelur kat dalam tu ala saje je buat kelakar tu pun tak boleh. 

Surprisingly, laju ye dorang buat ni. Memang tak tunggu lama, dah sampai. Walaupun orang ramai. 

 Eeeeee geram



Sampai! 

Okay, menu kat sini ada banyak. Nasi lemak pun ada, macam-macam lauk, ada ayam, sotong, paru. Tapi yang lain aku tak ingat dah, aku pulak bosan dah makan nasi lalu order Mee Bandung.



Broth dia sedap, YANG PENTING DAGING LEMBUT WEH. Ini tidak ada setengah tu kalau aku makan, daging liat nak mampus pastu kena kunyah 50 kali sampai esok pun tak habis makan sampai hati T__________T



Ketekunan yang menjelaskan segalanya :') 


Kat sini kau jangan berangan ya nak kopi ais ke neskepe ais ke helo sis dari ceruk mana tu helo this is Bunch Oh Cafe I jual latte je. Harga pun berstatus latte lah ye. Ni aku order cuppocino, tapi dorang tak letak gula. Kena mintak ya. 

Ala, aku pun satu terlupa nak snap menu lain tapi kalau korang datang sini aku recommend korang makan 2 ni. Next time datang aku nak try menu lain pulak, boleh aku update lain kat blog nanti insyAllah. 

Okay pastu kan yang besntya since Bunch Oh Cafe Cyberjaya ni ada kat dalam Malakat Mall, so senang lah kau lepas tu terus masuk Raudha Grocer pergi beli groceries terus. Siapa yang belum tau, Raudhah Grocer ni milik Muslim sepenuhnya dan ada kat dalam Malakat Mall Cyberjaya ni. Tak payah la takot nak beli barang tak halal ke apa sebab semuanya confirm product muslim, bersih dan halal. Ni yang aku sempat snap tadi : 


Jangan risau ya daging sebesor-besor alam ni beragama Islam :') 

Amboi ayam punnnn 


Aik budak seluar biru stricking ni???? Tiba-tiba


Eeeeeeeeee sayur pun zero chemical 


Infaq Corner pun ada, korang boleh beli barang pastu letak sini. Infaq Corner kat Raudhah Grocer ni untuk golongan B40, boleh isi borang tau untuk ambil. 

__

Okay, setakat tu jelah cerita harini.  Korang boleh datang sini, support Muslim product! 

Bye. 


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews