Umar, Khalifah Hebat - Part 2

by - October 24, 2020

 

Lepas doktor cakap yang Umar kena terus tukar susu soya sebab suspect galactosemia, aku sebenarnya still in denial. On the way nak balik ke rumah, aku menangis-nangis dalam kereta, sambil susukan lagi Umar. Bayangkan betapa lah sedih masa nak berpisah susu tu, yaAllah.. Korang yang nak wean off anak pun rasa berat hati nak buat kan, apatah lagi aku yang tiba-tiba kena berpisah susu dengan anak aku yang umur baru 2 bulan masa tu. Apa lah dia tau..

Aku ingat lagi, masa doktor refer aku pergi jumpa dietitian, dietitian tu pun pelik, 

"Eh, kenapa kena tukar susu? Kan susu ibu terbaik?" 

Dia sendiri pun agaknya belum pernah handle case budak yang ada galactosemia. Kan macam aku cakap, sakit tu rare. Ye, susu ibu tak pernah salah. Tapi disebabkan galactosemia jadi bila badan kekurangan enzim GALT, dan lactose tak boleh dihadam dalam badan -- boleh jadi racun kepada empunya badan. 

Petang tu juga, Din cari susu. 

 


Dan petang tu juga bermula journey aku pam susu tanpa tau apa tujuan, bila malam nak tidur kesian kat Umar mencari-cari susu, sakitnya melawan waktu. Hanya Allah yang tau. Setiap kali aku menangis sambil pam susu, Din cakap,

"Takpe yang, you kena kuat. Umar belum confirm pun lagi galactosemia. Sabar dulu, pam je. Nanti insyAllah lepas dah dapat keputusan sebenar, dah boleh susukan balik Umar." 

Tapi, nak tunggu keputusan tu bila? Teringat masa aku tanya doktor, doktor cakap 

"Result untuk galactosemia ni kami akan hantar ke Makmal dulu dan ambil masa lama. Mungkin 3 minggu mungkin sebulan. Tambahan, sekarang tengah busy dengan COVID, so mungkin lagi lama." 

Bayangkan nak tunggu 3 minggu, rasa macam 3 tahun. Aku jadi tak lalu makan, aku puasa pun tak rasa apa. Tak de langsung craving apa-apa. Tapi punyalah rezeki Umar, susu aku tetap banyak.


 
Pam susu - simpan. Sampai peti ais penuh. Taktau nak buat apa dah. Nak buang sayang, jenuh sumbat dah. Terus terfikir, anak susuan! 
 
Terus aku cari breastfeeding group kat facebook, 
 

Takde orang respon. 
 
Aku call sana sini offer stok susu aku, malangnya yang dioffer taknak. Buntu aku fikir mana nak letak susu-susu ni. Nak beli deep freezer-- taknak lah. Sebab aku masih simpan harapan Umar boleh bf balik nanti. 
 
Sampai la tiba-tiba aku terfikir nak tanya kat group taman rumah aku, dan akhirnya ada orang respon. 
 
"Puan, saya dah lama cari susu ibu untuk anak saya. Anak saya tak serasi minum dengan susu formula. Saya jenuh tukar dah. Dah 11 bulan, anak saya cirit birit. Kalau tak cirit, mesti sembelit. Susah nak berak sampai mulut dia bau busuk sangat." 
 
 "Puan tinggal kat lorong mana ya?" 

Rupanya kami satu lorong je Allah! Meremang aku masa tu. Takdir yang menjawab, tidak pernah tersangka di dalam hidup aku akan ada anak susuan. 
 
" Dah lama saya doa, kalau ada orang yang nak sedekah susu ibu kat anak saya. Selama ni saya mencari-cari, tapi takde rezki lagi nak jumpa. Tengok-tengok Hana tanya dalam group, tak sangka Allah makbulkan doa saya."


Yusuf dan Umar

Tidak pernah ada langsung terlintas di fikiran, tahun 2020 aku akan ada 2 anak lelaki. Dan selama susu aku disedekah, selama itu lah aku berdoa moga ia menjadi ubat untuk kesembuhan Umar. Ya, masa ni Umar dah almost 3 months tapi jaundice dia masih ada. Lama sangat. Kalau orang merengek-rengek sedih anak dia kuning seminggu - 2 minggu, kau bayangkan lah Umar nak masuk 3 bulan dah, jaundice tak settle lagi. 

Betul, this too shall pass. Tapi, hari-hari yang aku lalui dengan macam-macam yang aku fikir. Tapi disitulah iman diuji, yakin ke tak dengan apa Allah beri, apa disebalik semua ini Allah mahu santuni.. 

Sesungguhnya aku taktau kuatnya aku sehingga kuat adalah satu-satunya benda yang aku perlu pilih. 


Message Mama Yusuf lepas Yusuf start minum susu aku. Selama ni mulut Yusof berbau, sebab tak boleh berak, minum susu je muntah. Lepas minum susu aku Alhamdulillah mulut Yusuf tak berbau dah, berak dah tak cirit, dah tak sembelit! Allahuakbar. Allah Maha Besar.

Yusuf, ini sedekah Umar untuk Yusuf ya.. Tiada apa yang Allah buat sia-sia kan? 
 

 
Untung Umar. Dah ada kakak dan abang. 
:) 

__

Korang rasa result galactosemia Umar normal atau tak?

Bersambung.. 

Baca : Part 1


You May Also Like

2 Comments

  1. Sesungguhnya perancangan Allah itu indah..

    ReplyDelete
  2. Susu ibu memang sentiasa terbaik. Rezeki itu selalunya datang tanpa kita sangka.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews