Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil

by - November 11, 2020

 

Hi Korang. 

Assalammualaikum! 

Apa khabar semua menelusuri hari-hari masa PKPB ni? Bosan ke best? Aku macam biasa lah, kena Work From Home. Tapi tu lah, nama WFH ni kalau ada helper sekalipun kat rumah, tetap anak kau merengek-rengek bila nampak kau ya Allah ampuni Nabila ya Allah. 

Setiap kali nak bersidang depan laptop tu lah nanti anak kau tiba-tiba nak makan nasi goreng Mummy buat, yang tengah tidur tiba-tiba bangun mata ceroh apa cita woi. Sekian lah WFH tah kemana, anak kemana-mana! HAHA. 

Okay korang, harini aku nak share dengan korang pasal minyak rambut untuk baby yang sangat lah best, nama dia Ardora Natural Kids Hair Oil! 


Memperkenalkan duta Ardora Natural Hair Kids Al Hafiz Imam Besar Ustaz Prof. Dr Umar bin Safaruddin! Eeeee menyengih aje kamu. 

Cerita dia kan, dulu lepas botakkan kepala Umar, ya Allah punya lah lama nak tunggu rambut Umar tumbuh. Tunggu rambut Umar tumbuh, rambut Mummy yang banyak gugur. Pastu aku perasan bila rambut Umar tumbuh, dia macam tumbuh tak sekata OMG Umar apa ni takkan lah pertumbuhan rambut mengikut kluster. T___T

Pastu aku try cari minyak rambut yang organik dan selamat untuk baby, terjumpa lah Ardora Natural Kids Hair Oil ni. Bila aku apply kan kat Umar, cepat je rambut dia lebat huwarghh best sangat! Ha ni nak kasi korang tengok masa rambut Umar botak : 

NAK PEGI MANA JENDUL TU DIK AHAHAHA.
 


 LOL masih jendul #KeturunanRupanya okay takpe janji rambut dah lebat :D

Sebelum aku jumpa minyak Ardora ni ada lah aku tengok review parents lain, ramai yang gunakan minyak ni untuk hilangkan kerak kepala anak. Selalu baby kalau kecik-kecik kan kepala akan berkerak? Yes korang boleh guna minyak Ardora ni tau untuk penyelesaian highly recommended!  

Okay, meh kita berkenala sikit dengan Minyak Ardora ni :

 

 Apa itu Ardora Natual Kids Hair Oil?

Okay, aku explain bagi korang senang faham tau. Ardora Kids Hair Oil ni adalah minyak yang digunakan untuk rmenyelesaikan masalah yang melibatkan rambut atau kulit kepala bayi. 

Dan yang paling penting, Ardora Natural Kids Hair Oil ni adalah 100% diperbuat dari minyak-minyak semulajadi dan organic. YES NATURAL. Ni memang aku paling suka pasal Ardora Hair Oil ni. Jadi mak yang paranoid macam aku, memang sangat lah memilih when it comes to product to use. Spashly nak guna untuk anak-anak. Since aku pun ada eczema, aku TAK PERNAH GUNA barangan yang dibuat dari powder based, lotion pun sama. Selalu dalam iklan kata guna bahan organik tapi bila apply kat baby satu hal pula baby alergic kan?  

Kalau dengan Ardora Hair Oil ni korang tak payah risau. Kandungan dalam Ardora Oil ni semuanya selamat tau. Jom tengok apa ada kat dalam Ardora Oil ni : 

Kandungan Dalam Ardora Natural Kids Hair Oil :

Minyak Almond : Meningkatkan kekuatan rambut dan peredaran darah. Menjadikan rambut bersinar dan pada masa yang sama melembutkan rambut 

Minyak Jojoba : Membersihkan penyumbatan di pori-pori dan dapat membersihkan kerak di kepala. 

Minyak Kelapa Dara : Menghilangkan protein untuk rambut dan dan membantu pertumbuhan rambut 

Minyak Zaitun  : Kaya dengan antioksidan untuk menjadikan rambut lebih sihat 

Semuanya natural dan takde bahan pelik - pelik tau! Selamat digunakan untuk bayi dan tak payah nak was-was k! 

Kandungan Minyak Ardora Natural Kids Hair Oil Memang 100% Selamat!

Buktinya bila aku guna dan pakaikan kat Umar pun, tangan aku tak gatal langsung tau. Aku ni semua orang tau lah, ada eczema dan kulit ni manja tak boleh pegang barangan yang pelik-pelik. So aku memang akan selective bila pilih barangan untuk anak. Dan bila aku guna, dan tak langsung sebabkan aku flare, means product ni memang kandungannya all natural dan selamat! 

Apa Kebaikan Minyak Ardora Natural Hair Kids Ni?

1. Pertumbuhan rambut bayi 

2. Mencegah pori kulit kepala dari tersumbat

3. Membuang kerak di kepala bayi 

4. Meningkatkan peredaran darah 

5. Perlindungan untuk rambut 

6. Dapat menghasilkan protein rambut 

7. Menjadikan rambut kuat dan sihat

8. Sesuai untuk kulit sensetif 


 Senang je cara guna, pam je kat tangan dan sapu perlahan-lahan ke kepala bayi sambil urut-urut manja gitu.

Okay korang kalau nak tau lebih lanjut pasal Ardora Hair Oil ni, korang boleh terus ke website rasmi Ardora DI SINI. 

www.ardoranatural.com


Semoga bermanfaat tau. Byeeeee!


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews