Resipi Korean Garlic Cheese Bread Viral Cara Azlina Ina. Confirm Jadi!

by - November 03, 2020


 Hi korang! 

Assalammualaikum. 

Harini aku nak share resipi dan cara buat Korean Gaerlic Bread Cheese. Aku sendiri pun dah banyak kali buat sendiri, serious sedap sangat makan panas-panas. Banyak juga resipi aku ikut dari internet. Pastu tadi aku tengok tokey bakery Azlina Ina ada upload resipi dia, hah apa lagi! Terus aku save dan publish sini untuk simpanan dan rujukan di masa akan datang. 


Aduk makk ngencesnyaaaaa. Gambar dari facebook Azlina Ina. 

Aku dulu pun pernah juga buat. Untuk sendiri makan. Tapi comot sememeh gayanya. Time tu pakai resipi dari internet kat mana tah. So this time Azlina Ina dah up resipi, aku nak try resipi dia pulak. 




Burukkk wehhh hahahah tapi takpe yang penting saparudin makan bertambah-tambah. Dia cakap sedappp! 

 Roti ni kan tengok orang juga. Sebab ada je yang cakap, macam tak kena je cheese gabung dengan garlic batter. Sebab kebanyakan baker, resepi cheese tu dia buat manis, ada gula. Tapi jangan la manis leting weh, pun tak sedap. Kena sedang-sedang je. Ada juga baker yang buat filing cheese tu jadi savory, pun sedap juga! Macam aku, aku suka yang savory sikit. Cheese yang manis tak kena juga tekak aku, tapi yang aku buat sedap je ahahaha puji diri sendiri! 

Okay, jom kita tengok resipi Azlina Ina pulak.


Resipi Korean Garlic Cheese Bread Cara Azlina Ina 

Bahan-bahan Roti (Untuk 1kg roti) 

Tepung high protein 1kg

Gula 150 gram 

Garam 10 gram (Secubit) 

Susu tepung 40 gram 

Yis kering 20 gram 

Bread improver 5 gram

Air + ais batu timbang bersama jadikan 550 gram

Butter  / marjerin 100 gram 

Nota : kalau korang yang guna bread maker, senang je. Guna mode knead 40 minit. Korang masukkan barang basah dulu, baru barang kering. Make sure yis dan garam jangan letak serentak tau. Sebab garam boleh matikah yis. Aku selalunya akan letak yis last sekali.

Cara-Cara Buat Korean Garlic Cheese Bread

Lepas dah uli guna tangan / mixer / bread maker, terus rounding 50 - 60 gram setiap doh. Uli tu macam mana nak tau dah okay ke belum, korang kena pastikan doh tu elastik macam ni :

Elastik tu macam ni, bila tarik doh tu dia tak terputus.

Rounding bulat-bulat macam ni.

 Lepas kembang then bakar dalam suhu 170 / 180 dalam 15 ke 20 minit ikot oven masing-masing.

Lepas bakar warna macam ni.

Resipi Inti Korean Garlic Cheese Bread 

250 gram cream cheese

25 gram gula icing

Sedikit garam halus

Pukul semua hingga sebati 

Resipi Sos Celupan Garlic Bread

100 gram salted butter (cairkan dulu)

1 labu bawang putih (cincang halus) 

1 biji telur

Parsley kering 

50 gram UHT whipping cream 

2 sudu besar mayonis  

Pukul semua bahan sehingga sebati

Step Buat Korean Garlic Cheese Bread

1. Lepas bakar, belah roti (guna pisau roti lebih senang) kepada 4 atau 6 bahagian. 

2. Pipekan cheese ke dalam part yang dah dibelah.


 

3. Celupkan dalam sos garlic. 


 

4. Bakar balik dalam oven dalam 10 minit, pastikan jangan tinggal tau takut hangus!

Siap!







You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews