Hi Korang! Assalammualaikum.
Okay, kita bertemu lagi dalam rancangannnnn review makan dengan hannamaruku *melambai tangan kepada penonton*
Harini aku nak review pasal satu restoran ikan bakar bestwei. Selama ni kalau family aku datang dari Perak, aku mati kutu taktau nak bawak makan pergi mana. Tapi lepas ni, kalau diorang datang, aku tau dah la nak bawak pergi mana. Yes! Nak cari makan ikan bakar fresh dan sedap? Restoran Sisik Ikan Bakar kat Klang. Fuh ngences!
Ni Restoran Sisik Ikan Bakar dari depan. Besar ya restoran dia, sesuai kalau korang nak buat event ramai-ramai. Meriah!
Pastu Restoran ni berdepan dengan GM Klang. Selepas berpenat lelah membeli, apa kata korang membelah dan makan kat Restoran Sisik Klang ni. Jalan kaki je! Hehe!
Jom kita tengok menu yang tersedia kat Restoran Sisik Ikan Bakar ni :
Selain ikan bakar, Restoran Sisik Ikan Bakar Klang ni pun ada sajikan steambot tau. Kuah tomyam steambot dia sedap, ala-ala kuah oden.
Tengok lah waiter apahala hensem sangat sengeh-sengeh dengan pakaian ala-ala pahlawan bertanjak. Seriously, semua pekerja pun sangat friendly tau! Senyummmm je.
Ulam-ulaman pun ada
Ikan fresh yang boleh dipilih. Korang boleh pilih nak buat masak apa tau. Tapi akan sangat recommend korang order masak tempoyak, hoh sedap gila!
Sotong, udang, kerang, kepah, pahat.
Tudiah ikan pari ekor sampai keluar nak pergi mana taktau
Ruangan open kitchen dengan pahlawan bertanjak!
Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi lemak kukus dalam buluh WEH NI HIGHLY RECOMMENDED MATCHING MAKAN DENGAN IKAN BAKAR SEDAP SANGAT
Suami aku bedal sampai 2 pinggan pastu malam-malam ngingau ‘rindu rindu’ 🤣
Manisnya senyuman (bila lagi nak puji diri sendiri)
Sotong bakar berempah madu
Asam pedas
Ikan masak stim limau
Lala masak masam manis
Ni la yang sedap tu, masak tempoyak.
Udang goreng tepung
Gembira ya
Thank you Restoran Sisik Ikan Bakar! Kitorang enjoy gila makan, seronok, sedap eh semua lah!
Korang tau tak apa yang best pasal Restoran Sisik kat Klang ni? Owner
dia berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Sebab tu lah asam pedas, kuah tomyam steambot dan masak tempoyak dia
sedap gila!
Kalau korang nak datang rasa makanan laut yang fresh
kat sini, boleh datang bermula petang ya around 5.00 pm sampai 12.30
malam!
A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on
Alamat Restoran kat bawah ya. Waze je Restoran Sisik Klang.
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic Klang
Facebook : Resepi Warisan TOK SISIK
Sebarang tempahan : 019 226 3004 / 016 2240474