Si Kerdil.

by - July 16, 2010

Kerdil la aku bila aku punya hati kecil yang tak tetap pendirian. Yang terkapai kapai aku jejak kasih manusia, terkapai kapai aku tak pernah jumpa. Tak pernah ada. Tak pernah ada yang setia.


Ataupun aku kerdil kerana aku punya hati kecil. Hati kerap menangis. Harga mata aku murah tak bernilai 1 sen pun, kerana kerap kali melacur untuk sesuatu yang tak berbaloi. Nipis harga tangisan, tapi tebal nya parut luka aku dapat seperti memang patut pejam mata tak payah buka supaya tak ada tangisan lagi.


Ataupun kau mungkin fikir hati kerdil aku itu bola. Bila bola itu kau rebut rebutkan, kau kejar kejarkan dan bila kau dapat, kau tendang tendangkan. Kau sepak sepak kan. Mungkin kalau itu hati aku di ibaratkan, kau simpan lah aku dalam mana mana. Supaya hati aku itu takkan luka takkan koyak.


Terima kasih. Bila aku berikan hati kerdil itu dengan tangan kanan, kau ambil dengan tangan kiri. You never told me bout the blue blue sky, but only bout all the beautiful lie. Kau mungkin sudah tahu hati aku sekerdil mana. Atau kau juga mungkin belum tahu, karma itu sebesar mana.

You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews