Day 18 — Whatever tickles your fancy : Tips lelaki menggoda.

by - July 31, 2010








Ok abang abang. Hari ni adik menggodam nak bagi tips bagaimana abang abang di luar sana yang tak menggoda boleh buat magik tiba tiba jadi menggoda dan hot. Tidak kacak? Tidak hengsem? Tidak apa. Mari kita lihat tips berguna yang dapat menjadikan abang abang semua menggoda di hadapan perempuan.



Sebelum itu harus dimaklumkan, semua tips bukan aku saja saja reka, semua nya aku baca dan ia adalah fakta. 1,2, 3 MULA.


1) Perempuan suka kan lelaki yang berbau wangi. Maka jika girlfriend kau hari hari cakap yang kau wangi dan rindu nak bau kau, itu adalah normal. Penting bagi seorang lelaki menyembur 2 kilo perfume sebelum keluar . Elakkan dari pakai perfume jenama Britney Spears, di khuatiri kau akan di tuduh pondan. Periksa sendiri bau ketiak dulu. Agak agak ashem, sembur deodorant please.



2) Jangan tunjuk sangat kau kedekut depan perempuan yang kau suka spashly untuk bayar makan. Sebab makanan tu basic, common sense. Lelaki yang betul betul gentlemen takkan biar kan perempuan bayar makanan untuk mereka. Tapi ya kaum perempuan, kau jangan lah buli boyfriend kau sampai hari hari nak pergi makan secret recipe atau hotel. Dan perempuan yang bukan main lagi mintak macam macam beg Guess ke, jam Fossil ke, tu confirm pisau cukuq. Hang dah boleh hantaq dia p balik rumah dan break up.




3) Bulu hidung. Aku tau la ada lelaki yang minat bela bulu hidung banyak banyak. Tapi tolong la, sebelum kau keluar dengan girlfriend kau, boleh tak kau tengok cermin secara zoom in dan periksa hidung supaya takde bulu hidung yang terkeluar? Kau dah wangi, tapi tiba tiba slack ada bulu hidung yang turut terhembus bersama sama dengan udara nafas kau. Malu gila T___T



Menggoda nyaaaaa.


4) Kuku. Penjagaan kuku penting. Lelaki, kau jangan ingat kau je yang tau nak tengok perempuan atas bawah. Perempuan pun sama okay. Perempuan suka lelaki kuku bersih. Kalau pun kau memang jenis suka nak simpan kuku panjang sebab terlalu adore dengan Pontianak, sila pastikan kuku kau bersih dan jangan ada satu jenis tahi melekat kat kuku kau euwww jangan jadi pengotoq!


5) Jangan suka meninggi diri. Jangan jadi budak budak nak cerita OH KAT RUMAH I ADA 45 BIJIK KERETA, 30 ORANG MAID, 47 ORANG DRIVER SELAIN ITU I JUGA PAKAI BOXER CELVIN KLEIN. Tak payah. Ia memang sungguh menggetikkan.



6) Sila jadi lucu. Kalau kau tak lucu, bacalah lah buku Ujang banyak banyak untuk buat lawak. Dan bercampur la dengan ramai orang supaya akan ade banyak idea lawak untuk kau hadiahkan kepada girlfriend kau. Kebanyakan perempuan sangat suka kan lelaki yang kelakar dan dapat buat dia gelak 24 jam. Bukan buat lawak gelak sendiri. Ni lah yang di katakana personality. Selang seli kan benda benda serious dengan lawak. Jangan serious all the time. Boleh mengundang bosan hingga mati.



7) With brain. Tak perlu lah kau kena setiap masa bukak topik pasal pengetahuan am Malaysia. Atau tiba tiba bukak cerita tentang sejarah tok janggut. Atau tiba tiba ajak girlfriend kau hafal jadual berskala kimia. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang tau apa yang mereka bicarakan dan ayat yang tersusun. Bukan sembang kosong dan langsung tak tau apa apa pasal perkembangan semasa, sumpah loser gila dah tu. Pandai membuat keputusan dan tak bergantung dengan orang. Wah. Hengsem.




WAHHHH TERGODANYAAAAA.


8) Family man. Hati hati dengan cara kau melayan mak, adik perempuan dan kakak kau. Sebab dari situ perempuan akan tahu macam mana kau akan layan dia satu hari nanti bila dah kawin dan akan tau kau bertanggungjawab ke tak.



9) Jangan menggelabah. Lelaki kalau suka kan seorang perempuan, selalu nak teketaq ketaq. Memang la ketaq, tapi belajar la untuk control perasaan tu. Kau akan nampak sungguh menggoda bila kau dapat bawa diri kau dalam keadaan cool dan rileks. Maka perempuan akan rasa selesa bila dengan kau.


10) Tonjolkan kejantanan. Bukan perlu bukak seluar ya T__T Contoh, kau tengah buat gotong royong di satu tempat, hah time ni la nak tunjuk kau jantan ke tak. Kau cuba angkat benda berat, biar kan diri kau dalam keadaan comot dan kotor lepas buat kerja. OMG lelaki yang rajin dan suka buat kerja luar yang berat memang akan nampak menggoda. Baru lah nampak tenaga lelaki kau di gunakan.


11) Cukup la 10 kau nak 11 ape lagi.




FUH. SILA TERNODA -_-"







You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews