Pencuri gaya urban yang masih tak kahwin.

by - September 20, 2010







Selain dari dapat makan sedap sedap kat rumah, ada satu sebab kenapa aku suka balik bila cuti panjang. Sebab adik adik aku pun balik. Tambah tambah adik aku yang second. Perfffghhh dia ada banyak barang barang berharga yang aku boleh usha usha lepas tu aku kata nak pinjam lepas tu nanti aku buat buat lupa nak pulangkan balik lantas terus menjadi harta aku. Dulu masa kat sekolah, dapat biasiswa tapi aku taktau kenapa dia tak pandai membelanjakan biasiswa dia ke jalan yang BENAR (baca : shopping) lepas tu nanti lepas 4 5 bulan, dia kena sound dengan cikgu kata EH FATIN, KENAPA TAK BAWAK KELUAR LANGSUNG BIASISWA? KAMU KENA KELUARKAN JUGAK, KALAU TAK CIKGU TARIK BIASISWA NI.



Tengok. Sampai biasiswa pun cikgu paksa dia bawak keluar. Aku ingat, dia ni spesis BIAR PAKAI DUET MAK ABAH, JANGAN PAKAI BIASISWA. Atau pun spesis, BIAR SIMPAN DUET DALAM BANK, JANGAN SAMPAI ALONG PAW DUET AKU.



Spesis nombor 2 sebenarnya. Aku tau dia kaya, sebab tu aku selalu paw duet dia. Agak agak kalau keluar dengan dia, aku buat la sikit muka pelarian. Kalau desperate sangat, aku terpaksa tunjuk sawan babi. Confirm dia belanja. Lepas tu nanti aku buat buat la nak window shopping, lepas tu buat buat macam desperate gila nak beli sebab takut stok habis lepas tu macam nak beli jugak nak beli jugak, nanti dapat la aku pinjam duet dia paling kurang RM 50.




Pernah sekali tu aku pinjam highlighter dia. Sebab aku ni ada satu penyakit. Beli highlighter lepas tu mesti hilang. Aku pun taktau kenapa. Dah tu, bila aku balik rumah konon konon nak study(weh seyes weh ni konon konon je please tolong jangan cakap aku takbur), kena la pakai highlighter kan. Aku pun usha usha pencil box dia. Walaweh dah macam bookshop. Kau cakap je apa kau nak. Pelbagai jenis pen, pemadam yang super cool dan bersih dan sharperner. Tapi aku pelik, sharpener dia ada dua, malangnya sebatang urat pensil pun aku tak nampak. Pensil mekanik ada la. Adik aku ni obsess kepada sharperner ke apa tah. Ha, barang barang make up dia semua satu set. Dari pembersih muka, krim, pelembab, semua nak sama brand. Aku ni pun pakai pembersih muka cap sabut kelapa. Kaya betul adik aku ni. Malas nak cerita.




Tu baru hal duet dengan make up. Belum hal hal aku ‘pinjam’ barang barang dia secara diam dan kejam. Agak agak aku bekenan tengok baju dia, aku usha slow slow. Aku cek kat mana dia simpan lepas tu nanti dua tiga hari dia nak balik kolej, aku sebat baju dia simpan dalam almari aku.




Lepas tu nanti bila dia balik kolej, dia call

ALONG, ADA NAMPAK TAK BAJU PINK AKU YANG ADA STRIPE KAT LENGAN TU?

Aku yang tak pernah menang pelakon wanita terbaik tapi memang pelakon terbaik ni dengan suara paling innocent membalas

HA? BAJU PINK? YANG MANA EH? TAK PERASAN PUN.



**
*******



AKU BERANI POST ENTRY NI SEBAB AKU TAU ANGAH MESTI TAK BACA BLOG AKU. DIA TAK BAWAK LAPTOP BALIK KOLEJ DAN DIA TENGAH FINAL. KEH KEH. GOOD LUCK FOR FINALS, ANGAH. BAJU PINK STRIPE KAT LENGAN TU KAU PAKAI TAK LAWA. TAPI BILA AKU PAKAI, LAWA LAIN MACAM.

DARI ALONG YANG SWEET, BERKALIBER DAN SOLEHAH.




You May Also Like

9 Comments

  1. aha kejam kot!!
    tapi rembat brg adik plg best sbnrnye hahaha.
    bile pncuri urban ni nak kawin?
    *soklan cepumas*
    bhahahaha

    ReplyDelete
  2. fatul : huyyo blogger artis dah komen wo.....

    miranisa : kan kan? haha. kawin? tunggu farid kamil masuk minang kmfm i kawen. ;p

    ReplyDelete
  3. farid kamil cptla dtg minang pncuri urban ni hehe :p

    ReplyDelete
  4. semoga ko kawen cepat supaya tadak laie reta benda adik ko jadik mangsa.... he he...

    ReplyDelete
  5. aku kalau balik raya, plg bes tgk minyak keta akak aku penuh. tros aku buat baik, kuarkan sikit angin tayar. lepas tu buat muka tak bersalah ckp,

    "eh, tayar keta kamu lembik. tak pam ke? biar aku g pam kan."

    pastu aku g pam dan hantar balik ble minyak dh E.

    ReplyDelete
  6. sofia : amin. haha.

    SYAMIMI : :D

    Ainee Cumi : kelaka? tak la. kejam nama dia. haha.

    Razman : kau lagi kejam weh. aku comel sikit, curi baju je. kau curi minyak. kah kah

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews