Mak mak, mak pergi pasar, mak beli baju warna aaaape?

by - January 14, 2011







Lepas cuti sekolah habis, adikadik aku semua dah masuk balik matriks dengan asrama. Makne dalam rantaian keluarga, tinggal aku dengan adik aku yang last je la kat rumah. Nak taknak, aku kena terima hakikat jugak yang kawan sepermainan aku adalah budak kecik hingusan. Sikit sikit main mak mak, sikit sikit main doctor doctor. Time main doctor doctor yang aku paling bebulu skali. Semua equipment nak guna, dia bantai barang barang aku. Lipice aku, krim safi, sekali dengan sikat sikat pun dia buat jadi bahan doctor dia.


Fatin Nabilah betuah.


Kadang kadang nak permainan yang lebih interaktif sikit, dia ajak aku main MAK MAK, MAK PEGI PASAR, MAK BELI BAJU WARNA AAAAPE? Takpon dia ajak aku main game Who’s who. Bapak la bosan woi game ni. Kena main teka teka orang. Pantang nampak aku free dia offer aku main bendalah ni. Jenis permainan tak adventure macam ni memang sungguh tak mencabar kepintaran betul. Masa first time nak main, aku boleh terima lagi dia buat program induksi cara cara nak main who’s who. Tapi setiap kali main game ni, setiap kali tu la dia nak induksi. Dia ajar dekat 349394 kali benda yang sama. Dia ulang ulang pulak tu. Apa dia ingat aku sama level dengan kawan kawan dia ke sekali ajar tak paham? Kecik kecik dah pandai nak diskrimisi umur. Nasib baik comel maka aku layankan je.




Who's who.

Tapi kan weh tapi kan, aktiviti yang paling best skali main dengan adik aku ni adalah bila time nak pegi ikot mak abah pegi tesco. Baru keluar rumah tak semena mena dia teros nak organize pertandingan dengan aku. Dia jerit ALONG CEPAT! KITA LUMBA SIAPA MASUK KERETA DULU DIA MENANG T_______________T Jadi berbekalkan tahap kemithalian aku yang tinggi ni, aku ye kan je permintaan dia. Aku pun acah acah la lari nak lumba kan. Tapi kalau ikot sejarah hidup aku yang pernah memenangi acara lari dalam guni masa darjah 5 ni, aku memang komfem la boleh menang weh. Belum kira lagi masa form 1 jadi pelari simpanan acara lari kuak lentang. Rekod aku dah membuktikan aku boleh kalahkan adik aku, tapi aku saja malas. Dia lari besungguh sungguh masuk dalam kereta, aku pun lari tapi tak berapa nak lari la, ala ala jogging sebab WEH WHAT THEEEEE, UMUR 23 TAHUN NAK MAIN LUMBA LARI MASUK KERETA DENGAN BUDAK DARJAH 3 WEH.



Dah la skang setiap malam aku kena gosok baju sekolah dia. Bila aku gosok kedut sikit dia sound ALONG NI TAK PANDAI GOSOK BAJU LA. Aku senyum sinis kelu je bila dia sound. Nak lempang dia tak boleh, kata aku kakak mithali. Sound sound aku, tapi paw duet aku nombor satu. Time malam nak tidur baru la tegedik gedik sengih depan aku suruh aku tidur dengan dia. Tapi padan la jugak muka aku, siapa suruh bawak dia sekali tengok wayang cerita Paranormal Activity haritu. Kan dia dah seram nak tidur sorang. Kah kah kah.


Lagi satu hal, aku taktau kenapa adik aku ni bekenan betul dengan botol air aku yang aku guna bawak pegi kerja.




Jangan nak macam macam sangat, brand Appleware kot.


Botol air untuk orang tua pun dia minat, tak paham aku. Jenis jiwa cepat matang ke apa tah. Ada sekali tu dia ada buat cadangan nak bawak botol air aku pergi sekolah dia. Lepas tu aku tanya, HABES, ALONG NAK BAWAK BOTOL APA? Selamba dia tunjuk botol air dia, tejengket jengket suruh aku pegang sambil merayu gombal kat aku ALAAA KITA TUKAR LA. ALONG BAWAK LA BOTOL AIR BABY PLEASEEEE






Gila apa bawak botol air ni? Macam teletubies.

You May Also Like

13 Comments

  1. hahha. yang pasal botol air tu memang ieka gelak kaw kaw. boleh tahan jugak adik kak hana nih. :D

    ReplyDelete
  2. kahkahkah..
    memang kakak mithali.. aduih~ senak perut..

    ReplyDelete
  3. Comel je bawak botol air tu. Kompem orang ingat untuk anak. Hahahaha :D

    Entri terbaru Shag : Fibroid Kandungan. Bahaya atau tidak?

    ReplyDelete
  4. rindu la main game 'mak mak pergi pasar mak beli baju apa tu' haha

    ReplyDelete
  5. Aku salute la kau. Mmg Along of the Year k! Comel gile korang. =)

    ReplyDelete
  6. @ ieka
    haha cube bygkan kalau bwk btol air tu g keje. gilaaa

    @ kakfatul
    zzz

    @ kembatolo
    senak perut kenapa abang twin? kahkah

    @ shag
    tu ah tu haha

    @ syafiqah
    tau takpe

    @ tot
    bukan korang. aku je kiki

    ReplyDelete
  7. hahahaa comelnya. cuba akak bawak sekali, manetau jadi ikutan ekeke.
    cubaan berani tuh :D

    ReplyDelete
  8. ahaha comel je botol air yg bawah skali tuh...=)

    ReplyDelete
  9. @ afiqah
    ish gilooo taknak ah jatuh maruah! haha

    @ lavea
    sebab comel sangat macam kanak kanak ribena yg taknak bwk tu

    ReplyDelete
  10. comel la adik tu. geram je tgk :P

    ReplyDelete
  11. im here
    follow me back
    www.yusrasuperstar.blogspot.com

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews