Kedai Gunting Rambut Untuk Muslimah Murah Di Ipoh

by - December 01, 2018


Hi korang! Salam Disember! Hari ni aku nak share dengan korang, satu kedai gunting rambut murah dan selesa, kat Ipoh. To be exact, location dia kat Taman Pakatan Jaya, Bercham.

Aku memang dah jadi regular customer, sebab gunting rambut sini murah. RM 6 je! Pastu kedai ni siap sediakan Bilik Muslimah for Muslim tau! Owner dia is a chinese, and ia adalah extra effort from the owner to provide Bilik Khas untuk Muslim, so understanding. :')



Okay, ni pintu kedai. Kedai ni kecik je, memanjang. Dia takde signboard, so kalau korang nak cari, dia kat area Pakatan Jaya yang dekat dengan Taman Perpaduan. Sederet dengan stesen minyak, dan dekat dengan roundabout berhampiran Econsave.

Okay lagi satu landmark, dia adalah sederet dengan Sekolah Pakatan Jaya. Korang akan jumpa kedai ni dulu, baru sekolah -- kalau korang dari Bercham. Tapi kalau dari area Tambun atau Tanjung Rambutan, korang akan jumpa Sekolah dulu belah kanan, baru kedai ni. 

HAH GIGIH BAGI LANDMARK. 



Okay sini lah Bilik Muslimah tu. Time kita masuk, terus tokey tu tutup pintu. 

Aku suka sangat sebab kedai ni kedai gunting rambut bajet je, tapi okay lah ada extra effort to facilitate bilik kecik untuk the Muslims kan. Hehe.


Dan ni kat luar. Ni la yang salu potongkan rambut aku. 
Kitorang selalu jugak sembang-sembang dan she is really friendly and kind. 
Yang jaga kaunter, husband dia.
Sentiasa polite dan senyum kat customer.

So korang yang tercari-cari kedai gunting rambut murah dan Muslimah kat Ipoh, boleh lah pergi kedai ni ya! 

Bye.


You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews