7 perkara kau menyampah time jawab exam.

by - February 02, 2019





1) Bila kau dapat tempat duduk paling depan lepas tu paling sebelah dengan pintu. Perff memang tak nak meriah lagi time kau tengah jawab exam orang dok bukak tutup pintu sebab nak pergi toilet. Lepas tu kau pulak jenis yang sensitip tengok orang bangun nak keluar tambah tambah kalau lelaki. Amboi, sambil jawab exam sambil mengorat. Ganggu konsentrasi menjawab betul. Hampa mak di rumah kerana anak sulung beliau ada tabiat gatai ni tau. Ha lepas tu lagi la bengang kau tengok orang keluar toliet dan pada masa yang sama perasaan kau nak pergi toilet punya la membuak buak, gila punya tak tahan nak tekucil tapi kau tahan jebattt. Sebab banyak soalan tak siap lagi, lepas tu dah la nak pergi toilet kena jalan pergi tempat pengawas 34 km dari tempat duduk kau, nak kena tulis nama bagai. Ceh. Banyak hal.


2) Ok kau dah study hari hari. Lepas tu kau dah tak sabar nak jawab dah ni paper ni. Enzim semangat dah berpeluh peluh tak henti merembes di atas dahi. Dah gewam dah ni cepat la bak sini soalan, aku nak tunjuk kehandalan aku ni. Tapi jap lagi hampa pulak sebab dapat kertas soalan macam ghewr458ewthidfsdfq3w58ehfesoawr. Kau hanya mampu pegang pen dan tulis nama kat kertas jawapan. Tapi ambik masa 45 jam untuk fikir nak tulis jawapan apa kat kertas jawapan.


3) Lepas tu bila kau taktau nak jawab, tiba tiba kau tengok orang sebelah kau lepas dapat paper terus tunduk tak dongak dongak jawab soalan. Dia dah habes 14 muka surat kau baru nak start half muka surat, tu pun kau salin balik soalan. Tak cukup dengan orang sebelah, kau tengok orang depan, orang kanan dan satu dewan. Humang ai, kena pulak satu dewan time tu jawab bukan main lagi, sumpah bapak saiko oh.


4) Dah la orang sebelah kau jawab bukan main laju berkajang kajang, lepas tu tiba tiba kau nampak pulak orang angkat tangan sebab nak booklet lebih. Lagi la saiko. Entah karangan sajak apa tah orang orang macam ni bagi kat lecturer aku pun taktau. Aku nak lepas setengah page tu pun dah besar rahmat syukur dah tu. Dah boleh bangga 4 tahun kalau dapat lepas setengah page, ni kan lagi kalau buat jawapan 2 booklet woi.Buat tebiat aih.


5) Ni satu lagi aku benganggg je. Bila pengawas taktau kenapa yang minat sangat kat kau sampai pusing tempat kau banyak kali lepas tu sampai tempat kau mesti berenti. Kira macam ada satu aura sebab mungkin muka kau ada muka stended bus stand kan. Dah la berenti,lepas tu berdiri lama lama sambil belek belek kad pelajar kau, pastu tengok jawapan kau yang YA ALLAH TOLONG LA JANGAN TENGOK JAWAPAN AKU, MALU GILA PAHAM TAK.


6) Tengah kau goreng jawapan dan amik mood nak cuba jawab sungguh sungguh, tiba tiba kau dengar ada bunyi perut. Krek kret krett. Kau tengok perut sendiri lepas tu rasa macam, eh, takkan la perut aku? Tadi baru je lepas makan. Ok takpe, mungkin ilusi. Maka aku jawab balik. Tapi lepas 5 minit, bunyi lagi. Aku pandang kanan. Oh dinding. Masakan dinding ada perut. Ilusi ni. Aku kembali menjawab soalan. Tapi adoi, bunyi lagi? Dah la kali ni aku pandang kiri. Ces comel kau orang sebelah pergi exam dah la tak makan dulu lepas tu perut bunyi bunyi dalam dewan, klasik gila kau ni kan. Siap senyum senyum lagi sebab bangga perut kau bunyi satu hall dengar.


7) Bila kau dengar ada orang terbatuk batuk, belahak atau menguap. Masalah dia, batuk yang taknak kalah stok macam nak muntah. Belahak jangan cakap ah, tu dah cukup riak nak bagitau semua orang yang kau tengah kenyang. Yang paling kiut sekali menguap dengan volume astefelemses maximum. Apa punya turr? Ok tapi 3 benda ni macam dah biasa punya gangguan. Aku ada satu lagi gangguan yang paling comel. Bila kau tengah jawab exam, lepas tu kau dengar ada bunyi budak main kerusi sebab kerusi dia sebelah kaki panjang sebelah kaki pendek. Jadi dia tak boleh nak duduk dengan stabil dan tambahan pulak dia tak boleh jawab soalan. Maka bagi dia, ia adalah satu keseronokan untuk main jengket jengket dengan kerusi tu padahal dia tak sedar yang orang belakang dia semua tengah usha panassss je.



Tapi kan, yang lagi buat benda tu lagi best adalah ;



WEH, KAU MEMANG JENIS NAK PUBLISITI MURAH EH MAIN TUP TAP TUP TAP KERUSI TU BANYAK KALI? KAU TAU TAK BUDAK BUDAK SEMUA TENGOK KAU TIME TU? GANGGU KONSENTRSI BETUL.


Maki Nina kepada aku dengan penuh perasaan.


You May Also Like

27 Comments

  1. haha cool gila entri kau. aku suke aku suke! haha

    ReplyDelete
  2. hah aI paling benci kalau lecturer sndri yg belakang I duk tgk apa yang I tulis. macam time tu jugak dia nak bagi markah kat I. oh shit I hate exam ! haha

    ReplyDelete
  3. plg terbaik sekali adalah seorang cikgu yang agak keterlaluan kesengalan berdiri sebelah aku dan tengok apa yang aku buat dengan paper math 2 aku yang aku tak buat apa apa lagi . dan aku akan buat muka tak tau malu saja .

    ReplyDelete
  4. hehe yg mintak kertas byk2 tu besela. i dulu pun tyme xm spm mintak kertas byk2 tapi bkn reti jwb pun:P

    ReplyDelete
  5. HAHA ! org tue nk mencapub :)

    ReplyDelete
  6. tu belom tambah dengan bunyi orang men tekan tekan pen setail pensil picit tuh. bingit betoi lah. kalau tekan tekan pen dapat jawapan takpe la jugak. tssk.

    ReplyDelete
  7. AHAH BTUL2 ..ESPECIALy yg org sebelah jwb laju bukan men,,,sengal je

    ReplyDelete
  8. LOL!! nk tambah lagi.. bila sorang dah batuk dan dan eh semua pun nak batuk sekali...start dr depan dewan sampai belakang.. apa kes?? - -"

    ReplyDelete
  9. bile org sebelah bwk toyol n kite x bawak... shit man.... nyesal... haahaha...

    ReplyDelete
  10. hah cantik. aku like nombor 5. memang malu. cuma kena buat muka yakin je masa dia tengah tengok. baru tak rasa malu sangat.

    ReplyDelete
  11. @paeh
    exam tu makan woi. sedap. rugi kau tak amek.

    @Izzaidin
    cool ke tak cool pong haha

    @ hudhud
    siapa suka exam memang i nak cium dia la.

    @ shazleenhairuddins
    gimme pive

    @ eka
    tu paling seram sekali. tak suke kan? haha

    @ masshie mastura
    gilaa ah. terer ah u! i tak penah kot!


    @ cimut munniey :)
    tua? umo? kah kah

    @ zarifahmr
    hahah kan kan annoyingg

    @ twinkle twinkle
    saiko ohh kalau camtu

    @ WZulhilmi
    tu nama dia atuk bejangkit

    @ crazy_labelle
    gila kau bawak toyol time exam? saspek! haha

    @ .rafiq.
    gila aku tak boleh buat muka yakin, sedangkan hati tak yakin. kena pura pura tidur tutup jawapan, padan muka pengawas.

    ReplyDelete
  12. kau la orang yang buat bising tu ? haha .

    ReplyDelete
  13. budak2 dean's list mmg suka buat post macam ni ehh?

    ReplyDelete
  14. @ Rosliza Roslanoh
    oh hyee

    @ Anonymoushah
    haha tak lawak

    @ Anonymous
    mane kau tau? mesti kau temasuk dalam orang yg dok belakang yg bengang tu kan haha

    @ Fatul Akrul Ramli
    budak dean's list mmg suke tuduh orang lain budak dean's list ea..

    ReplyDelete
  15. hahaha tak bley blah. tapi sokong yang part bila lecturer berhenti nak usha jawapan cam siud jek tetiba hilang ilham nak tulis jawapan :P

    all the best akak! :')

    ReplyDelete
  16. hahaha....
    kelakar r bce entry nih hana....
    walaupun bnda 2 memg berlaku...

    ReplyDelete
  17. Bengang bila formula kat dinding toilet ke Mop dengan Cleaner, padahal tulis pakai pensel mana dia nampak?? then Mana ada orang mop dinding!! waaaa

    ReplyDelete
  18. Saaaangat betol! I pon experienced benda sama ohh! Funny lah u ni. :)

    ReplyDelete
  19. http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com
    i will follow you... just follow and read my online novel.
    it is free of charge!!!

    ReplyDelete
  20. memng potong stim betul kalau idea mencurah-curah datang kat kotak fikiran sampai terketar-ketar tangan nak menulis tiba-tiba makhluk Tuhan paling comel datang berhenti kat meja kita. usha macam-macam benda atas meja. sampaikan calculator pun dia nak tengok. grr. punah hilang semua jawapan. HAHA

    ReplyDelete
  21. norhana rosmida!

    cool post lah yang ni

    ReplyDelete
  22. @ Afiqah Azmee
    tq budak comel. saya dah merdeka ponnnn :D

    @ humran
    wohh abang muka licin komen blog i tau *bangga*

    @ Tuan Din
    pandai tau buat cerita pok kang

    @ Nadia
    kan kan :)


    @ Miza Yusof
    memang makhluk tuhan paling comel T.T


    @ Abir Abhar
    hye roomate fatul..

    ReplyDelete
  23. Wow.. cik Norhana Rosmida tahu saya roomate fatul?
    wow

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews