Memandang langit

by - March 19, 2019



hari ini, aku masih memandang langit.
gelap. sunyi.

lalu hujan.
basah semuanya.

masih memandang langit--
hujan tidak mahu berhenti.

rintik masuk ke mata.
lalu bisa dijadi topeng jika ada yang tanya.

kenapa menangis?
tidak--hanya air hujan.
aku tidak menangis.
wajah gembira tidak tersorokkan.
lihat aku senyum?

hari ini,
aku masih memandang langit.
aku mahukan cerah.
kedua tangan aku menadah.
mana cahaya?
aku mahu disilau kan muka,
supaya tiada lagi yang tanya-- kenapa menangis?
bukan aku
bukan aku
aku sudah bilang bukan aku.
salah langit--
tak mahu dibagi cahaya
hanya hujan asyik turun, lalu dituduh air mata.

hari ini aku masih memandang ke langit.
lama--
paling lama--
aku bilang,
jika mahu hujan lagi, silakan
aku sudah redha
aku sudah terima
tapi--
janji kan aku langit cerah,
janji kan aku langit putih,
yang tiada ruang awan hitam datang lagi

boleh janji?
jika aku redha?
boleh kita tukar suka sama suka?

deal?
tidak...--?
aku tunggu jawapan ya.

You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews