Klinik Untuk Check Up Mengandung, Detail Scan dan 5D Di Cyberjaya

by - May 03, 2020




Hi Korang! Assalammualaikum. 
Nampak tak? Tajuk tu kena pastikan nanti masuk dalam top 10 carian google, perasan. 

Salah satu sebab  kenapa aku kena up entry ni sebab haritu masa aku cari, tak ada satu pun orang yang buat blog pasal ni. Tapi masalahnya, memang takde pun klinik yang boleh buat detail scan dan 5D kat Cyberjaya (pada masa itu lah), HAH NI NAK BAGITAU LAH. Sebab start dari tahun lepas ada satu klinik dah buka, tahu? Aku lah pelanggan setia sebab aku suka sangat klinik tu, ha mai sini nak habaq kat hampa. 

Selama ni kalau sesiapa yang duduk Cyberjaya nak pergi check up mengandung atau scan baby dalam perut, memang kena pergi kat Dengkil atau Puchong. Tu je yang paling dekat. Tiba-tiba tahun 2019 ada sebuah klinik best dengan doktor best untuk semua maternity check up ini lah dia treng teng jeng jengggg 



Uni Klinik Cyberjaya. Nak tengok details, pergi facebook dia kat sini : 
https://web.facebook.com/klinikcyber/

Alamat Klinik Untuk Check Up Mengandung, Detail Scan dan 5D Di Cyberjaya kat mana? Senang ke nak cari? 


Land mark dia senang je, satu deret dengan stesen minyak Shell Cyberjaya, sebelah kedai makan J Corner.



Yang kiri tu lah Dr Asma, owner klinik ni. Sangat lah best dan friendly dan aku suka gila bila dia explain. Sangat menenangkan dan terperinci. Aku pernah cerita pasal dia kat entry aku kat SINI. Masa aku scan baby dan minta second opinion lepas aku jatuh terduduk kat toilet. Kalau tengok kat facebook pun, ramai review best ok! 

Review Klinik Uniklinik Cyberjaya


Ini bukan review berbayar tau. Ni review ikhlas. Aku ni memang suka kasi free marketing kalau aku suka sangat kat sesuatu. Lepas aku buat detail scan dengan check up kat sini, aku telah promote klinik ni kat semua kawan aku yang pregnant dan tengah mencari klinik detail scan di Cyberjaya HAHA. Biasa lah aku, marketing exec tak bebayor. Takde istilah dalam dunia ni MELAYU SUKA JATUHKAN MELAYU, kecuali bila melayu tu meniaga persis tahi, menipu dan overclaim, ITU WAJIB LAH DIMAROH!


So far aku tak pergi sini regularly lah, sebab aku check up kat Klinik Kesihatan Dengkil. Aku pergi sini masa nak buat detail scan mengandung haritu, kos detail scan + 5D adalah RM 180. Detail scan kau kena buat dari 18 weeks - 27 weeks tak silap aku tau. Dan kalau 5D cantik buat masa 28 weeks. Kalau lebih dari tu dah tak best sebab time tu baby dah besar so takot tak nampak sangat. Boleh je nak pergi lebih dari 28 weeks, tapi masa tu kau boleh nampak muka air ketuban kau je la. Tak kesah pun, terpulang. Jika benar kau begitu kagum dan ingin menangkap memori besama air ketuban atau tali pusat, dipersilakan. Haha. 

Kau boleh je buat appointment asing untuk detail scan dan 5D takde masalah. Bayar sekali je RM 180 tu. Masa aku pergi, klinik bagi CD dan send gambar dan video baby kat email. Untuk book kena awal tau sebab nanti Doktor akan arrange schedule dengan sonographer. Sonographer tu takde kat klinik hari-hari thats why korang kena appointment dulu and dapatkan tarikh. Ada yang tanya,

"Penting ke buat detail scan semasa mengandung?"

Jawapannya, ya dan tidak.
Terpulang kat kau. 

Kalau kau pergi, kau boleh tau condition sebenar baby dalam perut dan if ada apa-apa ketidak normalan, kau akan tau lebih awal dan bersedia. Kalau kau tak buat, tapi if ada apa-apa kau hanya tau selepas melahirkan. 

Macam aku, sebab aku kiasu. Aku dulu punya la kelang kabut nak tau gender baby, masa 14 weeks aku dah gelodak pergi sini nak buat scan. Masa tu, Dr Asma baruuu je pegang perut dan scan, terus dia cakap HAA NAMPAK DAH GENDER. Aku masa tu dah meremang, sebab selalu kalau nampak awal ni, baby boy. Dan yes, Dr Asma kata nampak bird YA ALLAH MASA TU AKU PUNYA JERIT macam hape lah, over sejak dari lahir Norhanasomsidar, Doktor tu pun pelik melihat makhluk aneh seperti aku. 

Ni gambar Umar masa buat 5D. Masa ni 28 weeks ngam-ngam. Aku ni tidak sabarudin, ngam je 28 weeks kalau boleh pukul 12 tengah pagi dah tecongok depan klinik nasib baik klinik tak bukak. 





Masa ni jenuh Dr kejut Umar sebab tali pusat suka duduk kat muka Umar. Susah nak snap gambar dia. Ni pun jenuh try hilangkan tali pusat tu, kira okay lah. Umar setiap kali scan, mesti nguap apo. Penat benor duduk dalam perut tu, bukan Mummy suruh pegi kedai beli santan pun amboiii beshee dia!



Masa Umar menguap. Gambar bird pun Doktor ada snap tapi Mummy maleh la nak upload sini hehe. 


Nak tau jantina bayi guna test soda bikarbonat. Berkesan ke? 


Aku dulu pernah try buat test yang test air kencing guna soda bikarbonat. Orang kata kalau berbuih, baby boy. Kalau tak, girl. Apa jadah aku buat tak berbuih pun, pembohong lah test ni. So korang mana yang nak buat test ni lupakan lah. Save la soda bikarbonat korang tu buat kuih donut ke kek coklat ke HAHA. 



Bukan aku punya ya. Tak koser nak tangkap gambar sendiri punya haha. 
Sumber : https://www.babycenter.com.my/

Kalau tanya aku, totally scam lah cara ni. Sebab aku buat takde buih pun, tapi baby boy.

____

Okay. Aku rasa takat tu jelah. 
So korang mana yang cari Klinik untuk check up mengandung, baby, atau detail scan dan 5D di Cyberjaya, sini lah tau. Aku sangat lah recommend! 

Harga untuk scan biasa pun murah je, RM 60 ke RM 70, tak ingat AHAHA tapi range tu lah. Semoga entry ini bermanfaat ya! 

Bye


You May Also Like

4 Comments

  1. Oo..gud info ni. Boleh panjangkan dekat kawan-kawan yang dekat ni

    ReplyDelete
  2. Ray singgah datang jenjalan. thank you so much for sharing this

    ReplyDelete
  3. dr best, bayar mahal pn tak kisah kan.

    ReplyDelete
  4. mse preggy dulu tak sempat nak pi scan macam ni..bestkan kalau dapat tengok macam mana wajah baby kita masa dia dalam perut kita..

    by the way thanks sharing..nanti boleh panjang-panjangkan info ni pada kawan

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews