Resipi Susu Kurma Ajwa : Milkbooster Untuk Ibu Menyusu. Memang meriah!

by - May 20, 2020


Assalammualaikum.
Hai korang! 

Alhamdulillah, hari ni genap lah 44 hari aku berpantang dan dengan itu, Umar pun offically dah 44 hari. Cepat sangat masa berlalu, aduh tak rasa waktu kan. 

 Umar & Hana 



Aqilah & Umar


Cabaran masa berpantang antara anak pertama dengan kedua, beza. Masing-masing ada cabaran dia. Masa Aqilah, aku struggle sangat nak breastfeed dia, sebab dari dalam pantang lagi dia nipple confused. Aku EP Mom selama setahun, bayangkan selama setahun aku usung pam aku ke hulu ke hilir Allahuakbar. Allah je tau berjuang sorang-sorang tu macam mana tapi aku puas sebab dapat tunaikan hak susu ibu untuk Aqilah, walau tak cukup 2 years. I've tried my best, Allah is the best planner.

Masa Umar ni, aku start bengkak susu since dalam wad lagi. Alhamdulillah Umar pandai sangat direct feed. Tulah, journey breastfeed ni memang banyak nak cerita, tak cukup kalau cerita dalam post ni. Nak pulak aku membebel macam ayam, ahahah tak habis post ni kang. Niat asalnya nak share Resipi Susu Kurma Ajwa tersedap di abad ini dan salah satu sebab buat susu badan meriah yang amat so, ayuh. Kita mulakan. 

Resipi Susu Kurma Ajwa Untuk Milkbooster Guna 3 Bahan Je

Bahan-Bahan

5 biji kurma ajwa
Sedikit air 
1 cawan susu segar (aku guna farm fresh) 

Cara-cara 

1. Rendam dulu buah kurma dengan air masak. Aku selalu rendam semalaman.  Sebab esok paginya aku akan minum susu kurma dulu untuk isi perut kosong bagi tenaga pagi-pagi. Tapi kalau kau udah tak penyabarudin nak makan, silakan rendam dengan air panas. Biar beberapa minit sampai kurma lembut. 


Ni lah rupa kurma yang aku dah rendam semalaman. Lepas rendam lembut je so senang nak blend. Biji kurma buang ya sebelum blender. 

 2. Lepas dah buang biji kurma, masukkan kurma, air rendaman kurma dan susu segar dalam blender. Hah siap lah susu kurma korang. Serious tau sama sangat rasa macam farm fresh. Tambah-tambah guna kurma ajwa aduhhhh sedapnya! 


Semangat kakak Aqilah bangun pepagi tolong Mummy buat susu kurma.  



 Sedappp sangat! Sama sebijik macam rasa susu farm fresh kurma tu. Tapi ni homemade.
 ______

  Oh ya, ni aku nak share dengan korang. Aku ni sebenarnya secara jujurnya bukan lah peminat kurma tau. Kadang-kadang tu kalau makan kurma memang aku akan rasa nak luah balik sebab-- entah. Tapi sejak aku pernah makan Kurma Ajwa, masyaAllah umpama cinta pandang pertama tak bisa ku lupa gitu. Terus suka gila makan kurma. Memang boleh masuk is Kurma Ajwa je. 

 Bila aku buat research, rupanya Kurma Ajwa ni banyak sangat khasiat dan manfaat. Patutlah kalau tengok, harga kurma Ajwa ni 'keras' sikit as compared dengan kurma lain. Kualiti dia pun 'keras' weh SEDAP GILA. LEMBUT. Aduh, takleh explain, korang memang kena try. 


5 Kebaikan dan Kelebihan Kurma Ajwa Yang Korang Patut Tahu!

 1. Rasa dan tekstur yang unik

Kurma Ajwa ni selalunya bewarna gelap dan saiz lebih kecil dari kurma biasa. Isi Kurma Ajwa ni memang tebal dan manis dia sedang-sedang je just nice, memang kalau makan sekali mesti berkali nak suap dalam mulut! 

2. Sumber Antioksidan

Kurma Ajwa ada flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Faedah antioksidan, bila masuk dalam tubuh, ia akan bertindak kepada sel dan menukar sel boleh rosak. Ketahanan tubuh yang lemah sebenarnya dapat diperbaiki jika jumlah antioksidan wujud dalam darah. Dalam erti kata lebih mudah, bila makan kurma ajwa ni dapat kuatkan antibodi badan dan dapat melindungi dari jangkitan. Sesuai sangat lah kalau makan time COVID ni, salah satu ikhtiar untuk kita dan anak-anak :)

3. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu badan 

 Kurma dapat memberi tenaga, dan masa aku nak bersalin pun, dalam labor room diberi kurma untuk bagi tenaga sebelum bersalin. Untuk ibu menyusu un, secara saintifiknya kurma dapat meningkatkan susu badan dan melindungi tubuh dari penyakit dan jangkitan. Maknanya, baik juga untuk anak kita kan sebab ada zat besi yang tinggi juga!

4. Melancarkan Penghadaman

 Kanduangan serat dalam kurma ajwa ni sangat lah tinggi dan didapati berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan membolehkan usus kita berfungsi dengan baik. Sebab tu lah aku akan buat air susu kurma ajwa ni pepagi tau! 

5. Sesuai untuk Pesakit Diabetes 

 Kurma ajwa ni, walau pun kita boleh rasa gula  tapi komposisi gula dia adalah gula paling ringkas dan tak perlu diuraikan. Sebab tu lah ia sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetes type 2. 

_______________

Mana Nak Cari Dan Beli Kurma Ajwa Di Malaysia?

Okay, ni aku nak share dengan korang. Supplier Kurma Ajwa yang sememangya trusted.




Kurma Ajwa Madinah Keluaran Rihura Herbs Enterprise 

Kenapa Perlu Dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura)?

  1. Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah 
  2. Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  3. Gred 1 (lebih tinggi dari Gred A) dan Gred Premium VIP
  4. Buah segar dan terbaru (handpick dari ladang pada awal tahun 2020)
  5. Kurma tidak diperam lama-lama 
  6. Kualiti premium, dijamin dan terbaik 
  7. Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak , tua dan muda
  8. Packaging yang menarik 
  9. Sesuai dijadikan gift set / hadiah 
  10. Harga berbaloi seuai untuk tempahan bagi sedekah / doorgift
  11. Trusted seller of course! 

Rihura Enterprise ni memang sangat trusted tau! Korang kalau nak beli kurma pastikan bukan kurma palsu ye. Kurma Ajwa yang dijual terlalu murah dikhuatiri stok terlalu lama dan berasal dari Yaman / Iran bukan dari Madinah. 


Tengok lah hitam dan segar sangat kurma ajwa keluaran Rihura Enterprise ni. Tak pucat dan sendu. Memang seindah rupa tau! Seriously sedap gila! Aku sebab sukaaa sangat dengan kurma Ajwa ni, ni ha sekilo terus aku punya! Hehe. 



Nahhhhh sekilo terus Mummy punya yahooooo :D



Rihura ada jual pakcaging 100gram, 500 gram jugak tau. Kalau korang nak tengok details, boleh tengok semua offer dan harga di link  bawah :

Facebook : https://web.facebook.com/rihuraherbs
Instagram : rihuraherbs

Kalau korang nak order, boleh terus whatsapp kat number ni tau : 
www.wasap.my/60105012717

Bye! 


You May Also Like

5 Comments

  1. waalaikumussalam. my feveret jugak ni, sampai sekarang suka minum ^_^

    ReplyDelete
  2. Kann. Kita tak minum sehari rasa tak lengkap!

    ReplyDelete
  3. Selalu makan gitu je kurma ajwa ni. Nanti nak try buat susu kurma pulak

    ReplyDelete
  4. waa... tadi sy pun ada buat susu kurma ajwa nie.. mmg sedap sgat!

    ReplyDelete
  5. Wau Sedapnya sis.. bgus sgt khasiat ajwa utk mak, anak2, suami pun. Lepas ni senang je beli dekat Rihura
    FB Rihura: https://web.facebook.com/rihuraherbs/

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews