Laptop Targa Legend

by - April 02, 2022

 

Dulu sebelum sambung belajar Diploma, aku sempat lah kerja promoter kat Tesco kumpul duit. Boleh la beli laptop second hand brand Targa. Dia punya legend laptop ni, sampai sekarang kena bahan dengan kawan kawan. Aku rasa berdasarkan rekod, aku lah satu satunya orang Malaysia yang guna laptop Targa masa tu. Kalau masa tu dicalonkan jadi MPP, sudah pasti aku nak branding nama aku sebagai Hana Targa. Mesti orang ingat, uih anak kacukan mana MPP ni.




Masih aku ingat, bateri laptop Targa tu tak tahan lama. Tak boleh pun guna laptop tu tanpa tenaga elektrik, sebab bateri dah rosak. Dia punya material pun urat besi tau kalau kena baling kat dinding, bukan laptop yang pecah, tapi struktur bangunan yang terjejas. Hahaha. Kisah, nak bagi tau betapa legend nya laptop Targa aku. Ini lah kenangan yang manis, jika dulu rasa begitu terpinggir ada laptop second hand buruk.. Tapi kini jadi kenangan yang tak boleh lupa. Bukan senang nak senang, bukan senang nak pandai. Macam tu lah kehidupan, ada ke hidup yang sentiasa pelangi tiada hujan dan ribut? 


Setiap cuti sem, aku kerja part time. Pernah jadi promoter air nestle, promoter beras pun pernah. Bayangkan aku dah la 38 kilo je, hari hari angkat beras. Bukan sahaja angkat beras, siap kena masak nasi dan promote nasi kepada customer. Nyaris ada makcik nak buat aku jadi menantu punya sedap nasi aku masak.

Begitulah kerja keras dulu dulu. Bak kata mak aku, kita ni biar tak ada duit— tapi jangan pemalas!

Dah la masa kerja Tesco suka berangan nak couple dengan orang cina. Kalau time rehat, punya rajin aku tea time dengan sorang promoter nama dia Alex. Dia selalu belanja aku keropok lekor sedap kat Cafe. Eh apa ni, sedap betul la keropok lekor kat Cafe Tesco Ipoh tu, sekarang boleh ke kalau saja saja nak pergi Cafe belakang dan order keropok lekor eh? Tetapi masalahnya, Cafe tu wujud ke lagi, it was 15 freaking years ago, Alex pun dah taktau masih wujud ke tak omg Alex.. Fuh, bila ingat balik, berkenan betul dengan lelaki mata sepet. Tapi masalah dia, orang cina tak bekenan dengan aku. Nasib baik ada seorang cina celup cintakan I, tercapai impian I nak kawin lelaki mata sepet.


That's my Cina boy. Awas ya, jangan mengata fashion I time ni. This was taken 8 years ago masa baru kahwin. Apa punya fashion aku pun taktau, tudung lain, baju belang, kain askar. Kita masih muda dalam mencari keputusan kahkahkah.


So back in Diploma time, aku dulu belajar Banking. Masa decide nak further Degree, most of my coursemate semua ambik major in Finance. Masa tu aku memang taknak ambik finance, and I decided to further in HR. Sebab my vision was very clear, habis Degree, I nak sambung master dan jadi Pensyarah in HR.

Masa tu saja lah jumpa sorang lecturer dan tanya pendapat dia. Kira macam nak kuatkan hujah je pilihan aku tu betul. Tapi, tulah. Lain pulak jawapan aku dapat.

“You nak ambik course HR? Baik tak payah. Tu course budak budak pointer rendah je. Course takde masa depan.”

Ada ke patut. Masa tu aku balik ke bilik sambil flip tudung dan aku cakap kuat kuat dalam hati, “kata kata kau, pembakar semangat aku.”

Sedih, memang sedih. Aku macam takde sesiapa nak refer masa tu. Seorang insan yang kita pegang dan kita pandang tinggi, akhirnya memberi kata-kata yang buatkan kita down terus nak move forward. Betul ke apa yang aku nak buat? Betul ke keputusan aku? It was so tough, aku bukan anak orang senang. Aku pegang tanggungjawab besar pada ketika itu, masa depan keluarga ada di tangan aku. Kalau silap langkah? Kalau memang aku takde masa depan macam mana?

Well, selepas itu.. The rest is history. Aku masih teruskan cita-cita aku.
I furthered my Degree in HR di UiTM Seri Iskandar, got 3.47 for my pointer. I really enjoyed what I study. I tak menghafal tapi I fahamkan setiap benda yang I belajar. Sampai lah 2011, I mohon kerja dalam Job Malaysia untuk Pegawai Eksekutif di Lembaga Hasil. One of the requirement masa tu, dia nak those yang ada Bachelor in Human Resource dan demi Allah... hanya 6 orang calon luar satu Malaysia were selected for the position.. back to the lecturer's statement.. Course HR tiada masa depan?

Hanya Allah sahaja penentu rezki setiap orang.
Lesson learnt? Anything yang kau buat, please be firm and focused! Don't you ever be hesitant atau rasa tergugat dengan kata-kata orang. Sebab kau tahu kemampuan dan apa kau nak capai? If you ever read this to see atau sedang contemplate nak ambik course HR tapi tiada support dari orang sekeliling.. Percayalah. Ia tidak pernah begitu. There are so many things you boleh buat dengan this course, percayalah. Banyak sangat cabang in HR. Sekarang aku sedang major in training function dan jadi Pensyarah di Akademi. Dan ini adalah something yang Allah makbulkan back in 10 years ago tahun 2012. Masa I jejak kaki kat Akademi I cakap dengan diri I,

"Tak sangka kat Lembaga pun ada Akademi dan aku boleh jadi Pensyarah. Satu hari nanti, aku akan duduk kat sini, jadi Training Officer."




Tercapai impian aku nak jadi Pensyarah. One of my class poster,
Allah Maha Baik kan.

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews