Sakitnya Rasa Kosong Itu Lebih Baik Dari Rasa Tidak Bersyukur

by - December 31, 2022

 


Hi Korang! Tepat ya tarikh 31/12/2022 telah datang roh rajin dalam diriku untuk menulis. Aku sebenarnya, tak plan nak pun secara struktur nak tulis apa. Cuma this week aku taktau kenapa ada banyak benda berlaku yang buat aku refleks dan menyedari diri dan kehidupan aku. 


Yes, too many tapi aku nak cerita tentang satu. Pasal bibik aku, Kak Rina. Semalam sebelum Aqilah nak pegi mengaji, Din ketuk bilik Kak Rina nak minta tolong gorengkan telur sebab Aqilah nak bawa bekal. Tiba-tiba dia nampak mata Kak Rina merah yang amat, rupanya menangis teresak-esak. Lepas tu aku pulak ke bilik Kak Rina dan tanya kenapa? Nak tau tak dia cakap apa? Sambil menangis balik dia cakap, 


'Saya rindu anak saya puan. Dah nak masuk tahun baru, dah 9 tahun saya di sini belum jumpa anak-anak lagi.' 

Allah, dengan aku-aku sekali mencurah-curah air mata 😭😭😭


Sakitnya rasa 'kosong' hanya dia seorang kat Malaysia datang kerja, anak-anak dia duduk sendiri takde penjaga. Dia tinggalkan anak dia yang bongsu masa anak dia 3 tahun, masa tu dia masih menyusu badan, Kak Rina tipu kata nak pergi kenduri, tapi selepas 9 tahun kemudian tak balik-balik rupanya pergi kerja kat Malaysia. Allah Allah terobek robek hati, I tak boleh imagine if its my children and I have to make such big sacrifice? 


Aku terfikir, kenapa kat Malaysia ni ramai sangat orang tak bersyukur? Komplen sana-sini. Semua benda tak kena, susah nak terima rezki yang Allah bagi, terima qada' dan qadar Allah. Padahal gaji berpuluh ribu, masih lagi merungut dan tak redha dengan rezki Allah. Sedangkan jika dilihat ramai lagi orang di bawah, semuanya penat kerja berkecah-- tidak mahu ditunduk, hanya mahu ditadah mata ke langit melihat orang yang lebih hebat dari kita. 




Kak Rina, terima kasih untuk 3 tahun ini, semoga sentiasa bersama dengan keluarga kami sampai la Kak Rina nak balik, semoga kita dapat kongsi rezeki sama-sama. Aku selalu cakap, Kak Rina doakan keluarga aku kaya, insyAllah banyak tempat nak bawak Kak Rina dan dah niat nak bawak Kak Rina Umrah juga. 

Semoga tahun ni Kak Rina dapat balik jumpa anak-anak, semoga Allah makbulkan semua doa Kak Rina dan anak-anak. 



You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews