Cabut bulu hidung kau. Tak, susah sangat ke nak bersihkan bulu hidung? Kenapa aku selalu sangat jumpa lelaki yang bulu hidung panjang panjang sampai tekeluar? Apa ingat tu sebagai hiasan buat perempuan tergoda ke? Susah sangat ke nak spend barang 5 saat pergi duduk depan cermin, kembangkan hidung dan tengok ada bulu hidung ke tak kat dalam hidung kau. Lepas tu ia hanya mengambil masa sebanyak kurang 2 saat bagi mencabut beberapa helai bulu hidung kan? Melainkan kau seorang yang procedural gilaaaaaa sebelum cabut bulu hidung kena buat senaman hidung dulu. Nyanyi lagu negaraku 2 kali baru boleh ada feel cabut bulu hidung sendiri. Bukan, aku bukanlah nak belagak penasihat cum motivator kat sini mengenai kebersihan ke apa. Cuma aku nak bagitau kat semua lelaki lelaki, mungkin anda semua silap. Bulu hidung yang banyak dan terkeluar adalah tidak seksi mahupun meksi, jauh sekali pepsi.
Sekian. Hidung yang bersih adalah hak milik setiap insan.
Puisi Zahiril Adzim untuk Shera Ayob ;
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
*LAP AIR MATA*
Biasalah. I kan over.
Semalam aku balik awal. Bukanlah balik awal yang tiba tiba tak habis lagi jam kerja terus balik. Maksud aku, janggal bagi seorang exec balik tepat tepat 9 jam. Sebab kami di arahkan untuk balik sejam atau 2 jam lambat setiap hari bagi mengcover bilangan pekerja yang tak cukup dan supaya tak perlu membagi OT kepada staff biasa.
Walaupun semalam customer ramai, lepas tu terang terang division head aku ada depan mata, berbekalkan tubuh kurus kering ini, maka aku telah berjaya menyelit nyelit di celah counter cashier dan berjaya mencabut diri sampai la keluar. AH-HA. *Tunjuk tanda bagus kepada pembaca* Eh maksalahnya ada ke pembaca ahak.
Kalau harini pergi kerja lepas tu tiba tiba kena tanya kenapa balik awal semalam, aku cakap je
SORRY MADAM. SEMALAM SAYA TERCIRIT DALAM SELUAR MAKA TERPAKSA LAH BALIK AWAL.
**
First time rasa berkobar kobar nak pergi kerja. Maklumlah. Gaji dah masuk.
Aku syak, sesetengah orang yang hidup dalam dunia ni tersalah info pasal kegunaan diri dia. Diri dia yang sebenarnya duduk dalam kelompok orang ramai, yang sebenarnya dia hidup kena fikir perasaan orang lain, tapi dia hanya fikir perasaan sendiri. Inilah dia kategori orang jual ikan. Yang maha pembusuk hati. Yang rasa macam gatal gatal ubun kepala bila tengok orang senang. Yang rasa macam bontot tak boleh nak duduk setempat bila tengok orang girang. Maklum lah sijil PHD tinggi sangat dalam diri. Betul lah tu, pangkat tinggi tinggi pun kadang kadang boleh mental. Patut orang macam ni kena bagi makan mentol banyak banyak bagi tecekik. Baru sedar diri, yang dia bukannya tinggi mana pun macam Tuhan yang nak semua orang sujud kat dia.
Apa lah boleh buat dengan orang macam ni? Nak di sayang, memang tak dapat. Rasa macam lagi nak lempang ada la. I mean, kita hati manusia normal yang kalau jenis tak gosok gigi seminggu, gigi akan berkarat kan? Masakan tak pernah ada perasaan marah. Masakan boleh jadi rilek buat muka kucing tengah tidur kalau berdepan dengan orang orang gila kuasa, tak sedar diri macam ni. Gosok gigi hari hari, tapi mulut masih berbau. Pakai ubat gigi jenis takde klorin, tu yang bila bercakap, baik macam mana pun ayat tu dia jadi berbau.
Aku ni bukan apa. Tak suka pun nak marah marah. Hari hari aku duduk dalam bilik pandang dinding, mintak Tuhan jadikan aku perempuan bersyukur. Bersyukur dari segi menghargai orang sekeliling walaupun kau tau yang di sekeliling kau penuh dengan manusia bila depan kau dia buat muka comel macam sailormoon, bila kat belakang, dia pegi kembangkan hidung tunjuk jari tengah kat kau. Apa punya turr?
Lagipun kalau marah marah selalu ni, kalau kau hari hari tak happy ni, kalau kau hari hari kerja menyumpah orang ni, sel sel kanser dalam badan kau tunggu hari je nak bukak rumah baru dalam badan. Hari hari dia asyik tanya kau, HAI BODY OWNER. MARAH LA LAGI. HERDIK LA LAGI. BENCI LA LAGI. AKU SUKA. AKU TAK SABAR NAK JADI LAGI BESAR DALAM BADAN KAU. WE WANT MORE WE WANT MORE!
Ini cerita benar. Sebab tu la orang yang happy go lucky ni lambat mati sebenarnya.
Cuba teka. Gambar gambar kat atas ni adalah pintu untuk apa?
**
Pintu pejabat? SALAH!
Pintu bilik? SALAH!
Pintu Doraemon? LAGI SALAH!
Pintu hati? DIAM!
**
Jawapan dia,
Pintu untuk toilet kat tempat kerja aku.
SUMPAH!
Apa motif HR pergi letak signboard kamar-kamar ni pun aku taktau. Mula mula aku masuk toilet ni, ingat kan kat dalam dia siap ada katil kamar ruang aroma therapy apa semua.
Tengok tengok ada jamban dan paip je.
Ceh.