Kenangan mesti ada.

by - October 08, 2010






Dulu aku pernah jatuh basikal
Ada luka tapi parut tak hilang
Mana boleh hilang
Parut mesti kena ada
Supaya ada benda nak kenang.


Dulu aku pernah mandi hujan
Baju seluar badan basah
Balik balik terus demam
Demam mesti kena ada
Supaya ada ubat nanti sakit boleh kebah.


Penat tau paksa, woi jangan la bergenang
Tisu lap hingus mana ada
Duduk lah lama lama sikit
Berfikir, bawak bertenang.



Gembira aku dapat matahari
Eh tiba tiba hujan yang datang
Cepat la datang pelangi
Aku sekarang hati mahu senang.



Ish ish ish.
Jadi macam ni kerana kenangan aku selalu kenang
Entah macam mana nak buang
Mereka datang mereka pergi
Tapi aku pasti satu
Kenangan selalu ada
Kenangan kau dan aku sentiasa ada
Bau kau dan aku selalu ada
Suara serak kau dan aku menyanyi selalu di telinga
Mata kelip pejam kau mesti aku terpana



Kalau hilang kalau benci
Kenangan sama sama tetap ada
Kalau jauh berpisah masa
Kenangan kau dan aku
Mesti ada.







You May Also Like

1 Comments

  1. time will fly away tapi kenangan akan remain dalam ati kita kan??? =)

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews