1) Mendapat kan seorang boyfriend mata sepet di dalam UiTM. (TIADA LELAKI MATA SEPET NAK KAT KAU, GAGAL)
2) Menyelam di dalam Tasek UiTM secara berirama. (TAK PANDAI BERENANG,GAGAL)
3) Menjerit kepada anak jiran supaya suruh dia diam setiap kali dia buat bising. (TERLALU SAYANG KAN KANAK KANAK, GAGAL)
4) Mengorat abang jual ayam madu di depan BSN. (ABANG AYAM SUDAH BERPUNYA, GAGAL)
5) Sukarelawan menjadi ketua projek untuk event course. (IN PROGRESS)
Sumpah geli nak cakap ketua projek. Apa jadah tah. Dia sebenarnya takde la KETUA PROJEK sangat. Title taknak gempak lagi. Terbitnya benda ni dalam senarai-sebelum-blah-degree aku adalah sebab aku ni dari diploma memang loser. Tak pernah kenal erti proposal, budget, jumpa coordinator mintak sign sana sini. Jadi kesian melihat diri terlalu loser, tu yang aku dah janji dengan diri aku, sebelum blah dari degree, mesti kena ada pengalaman handle satu program sendiri. Dan ya, kali ni memang in progress. Sebab aku tengah handle program Professional Talk untuk course aku. Jadi bila time nak cari penceramah, tiba tiba aku terfikir ada Human Resource Manager kat tempat aku bakal praktikal bulan 12 ni, Puan Saripah. Aku pun laju je taip nombor office call dia tanya, boleh bagi talk tak untuk this coming October. Macam biasa la, dah kata memang aku bakal praktikal dengan dia Disember ni, dah tentu aku kena tunjuk good impression kat dia.
Tapi ni aku ada satu masalah. Memang banyak hal. Puan Saripah pulak jenis speaking pum pang dengan aku. Aku yang nak tunjuk good impression kat Puan tak pulak menggelupur nak kena speaking ting tang jugak. Dah la aku speaking serupa Phua Chu Kang. Mau tak menggeletar aku setiap kali cakap telepong dengan dia. Aku letak handphone rapat rapat kat telinga sebab nak tangkap apa dia cakap satu satu. Maruah kena jaga. Good impression man, come on.
Bila time nak email Puan Saripah lagi satu hal. Bab bab nak tulis English formal ni memang aku fail. Aku takut aku tertulis kasar atau ayat aku tak sesuai untuk tujuan tujuan formal. Malu aku kalau jadi macam tu. Kata good impression. Macam mana? Maka, setiap kali aku nak email Puan untuk cakap sesuatu, aku kena draft dulu kat word, lepas tu nanti akan buzz la kamus oxford aku kat ym iaitu Aimi atau Tot, WEH NAH. KAU CHECK JAP GRAMMAR DENGAN AYAT AYAT AKU. CANTIK TAK. Cantik tak cantik sangat la kan,
Salam Puan.
I’m here to inform you that we did some amendments on the title of the talk on this coming
6 October. As far as you are concerned……….
Ahhhhh penat bai. Aku dah malas la nak susah kan Tot & Aimi. Lepas tu nak pening kepala pulak fikir ayat ayat bombastic. Letih aku mengelamun depan laptop ambik ilham, kejap kejap tu aku bukak fb untuk tenang kan fikiran sambil tengok video video jahanam kat fb yang suka buat orang terkejut. Tapi last last takde idea jugak. Ah, lantak la. Biar mati maruah asalkan jadi diri sendiri. Here we go, Bismillahirrahmanirrahim.
Weh Puan, whats up?
I hope you are in the pink of health. Well, I’m here to inform you that we’ve changed the title of the talk to ‘Key performance indicator for HR practitioner.’ If you like, then its good. If you don’t like, please do like it.
I don’t care if you’re busy, but please reply this email ASAP.
P/S : Send my warmest regards to your (handsomest) son. In case you have one.
Papehal rodger je. Chow
.
Nak mati? Confirm kena reject praktikal sem depan.
Nak mati? Confirm kena reject praktikal sem depan.