Banyak orang putus asa setiap kali bila datang roda putaran bawah, terpaksa pusingkan badan kita sekejap biar kepala ada di kaki, baru rasa macam mana rasa dia kepala kena pijak dengan nasib sendiri dan takdir diari Ilahi.
Semua perkara tahi yang berlaku dalam hidup kau tentu ada flushnya. Tak susah. Apa kau perlu buat hanya satu, be a fighter.
Kejar masalah, bukan lari dari masalah. Sebab kita belajar dari kesalahan. Kesedihan. Kepayahan. Kegagalan. Sebab kita semua di lahirkan untuk jadi fighter. Rugi betul kalau hidup ni kita kalah pada nasib sendiri yang di acah acah kan di sebalik kemenangan satu hari nanti. Maka, jadi lah a fighter.
Susah sangat ke? Berjuang untuk diri pun susah, baik pegi mati. Sedangkan mati pun kena berjuang dalam kubur. Dah la. Kalau macam tu, baik menyesal yang kau sebenarnya lahir dalam dunia ni. Kalau setakat jadi fighter untuk diri sendiri pun tak mau.
Pernah tak kau rasa macam kau dapat something yang too good to be true? Kau tau dia macam mana? Macam hari hari kau bangun tidur, kau pegi double confirm balik dan pastikan sebena kau tak mimpi. Bila tengah duduk rilek tiba tiba kau rasa badan macam melayang eh aku ni mimpi ke? Cuba terajang dan blender diri sendiri dalam mixer tapi memang kau tak mimpi pun!
You see, too good to be true story can be real you know. So, you can start dreaming from now and have faith. Bersangka baik dengan Allah. And believe me, you'll make it someday. Someday one sweet day.
And I did it.
"Jika sesuatu yang diharapkan berlaku tidak berlaku, sabarlah. Belum tentu ia satu keburukan. Sering kali keberkatan, kebaikan, kejayaan yang dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Sering kali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku, namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupaya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan berlari lebih jauh ke hadapan."
Bila sembang pasal PMR memang serious kelakar. Teringat balik time aku dapat stret a lepas tu malam malam nak tidur lepas tu abah kejut aku bangun tidur dan TADAAAA. Aku dapat hengpon Nokia 3310 sebagai hadiah. Time tu tak payah cakap la punya seronok sampai lompat lompat. Aku ingat lagi hengpon tu kaler hitam. Esok tu bangga sekilo bawak hengpon pegi sekolah. Bila bosan bosan lepak luar rumah bajet nak show off kat jiran sebelah yang aku dah ada hengpon pada umur 15 tahun kau ada ke? Gigih gila pegi setting lepas tu play semua nenek ringtone yang ada time tu. Apa benda la punya turr geli dowh bila ingat balik kahkah.
Time muda muda mana ada simkad yang murah macam sekarang, 8.50 pun boleh dapat. Dulu sekali nak beli simkad kena ikat perut simpan duit belanja sekolah 14 tahun woi baru la dapat simkad Digi. Time tu simkad mana ada dalam plastik sekarang ni. Kena hingus pun boleh lebur. Dulu dulu simkad dalam peti besi, kotak segi empat sumpah aku ingat lagi kotak tu 60 rengget harga dia, tercirit ke tak tu?
Dan aku juga melalui jaman jaman yang mana sms time tu mahal lagi, sekali hantar 20 sen. Lepas tu baru la nak turun jadi 10 sen kalau friends and family tu pun dah rasa gila jebon punya murah. Sekarang ni kalau 8pax celcom 0.005 sen je hai la hai. Untungla!
Ucapan tahniah kepada adik. Aku dah niat dah nak bagi something kat dia kalau dapat 9a. Tapi, nampaknya tak payah la. Sebab dia dapat 8a 1b. Yes. Selamat duit aku. Kehkeh.
Masa aku mula mula masuk orentasi kat tempat kerja sekarang, aku dan budak budak baru lain di kumpulkan dalam satu bilik. Sebab nak ada sesi briefing pasal company dan training apa bana semualah. Then masa hari pertama aku sampai, tak silap aku pukul 9.05 minit kehkeh aku memang tak pernah punctual tapi sekarang mungkin lebih punctual sedikit sebab bapak aku pegi cepatkan semua jenis jam yang ada kat rumah kepada 10 minit lebih awal. Sebab tu la aku pagi pagi bila nak pergi kerja jadi kelam kabut macam ribut bersiap sebab menggelabah ingatkan dah lambat tapi rupanya telah ditipu siang siang oleh bapa sendiri. Dah la jam dalam kereta aku pun bapak aku pegi tukar jadi cepat YA ALLAH. SABAR JE LA ADA BAPA CARING MACAM NI YANG TAHU ANAKNYA JENIS PUNCTUAL GILAAAA *mata ke atas tangan buat peace*
Masa tu aku ingatkan aku yang paling lambat. Tapi rupanya dalam pukul 10 ada lagi sorang budak datang. Masa tu first impression aku macam, eh dia ni siapa? Dia apply untuk apa? Kenapa muka macam tua? Salah tempat ke? Datang dari mana?
Dan aku rasa macam bukan aku sorang je yang fikir macam tu. Budak budak lain pun tiba tiba macam tengok budak datang lambat tu pelik gila. Sebab setahu aku, jawatan aku sekarang untuk budak diploma dan degree, lepas tu semua budak budak baru yang datang training dengan aku time tu semua muka umur awal 20an. Berlainan betul dengan budak yang baru datang ni. Kesian sangat aku tengok dia. Macam tak terurus, muka dia macam HAI SEMUA, TENGOK MUKA AKU, KESIAN KAN......
Tapi dah lama lama bila budak budak baru jadi rapat, baru lah aku tau. Budak tu umur dia dah 30 lebih, tak kawen lagi, ada DEGREE IN RETAIL MANAGEMENT UiTM Shah Alam. Dan kau tau tak apa part yang paling sedih dalam hidup dia? Sebelum dia dapat kerja kat tempat kerja aku, dia pernah jadi operator kilang dan security guard. Aku tanya dia, kenapa kau tak kerja kat retail je? Dia jawab, dia pernah kerja kat satu retail, tapi tempat tu bagi dia gaji sikit gila tak berbaloi dengan degree yang dia ada. Lepas habis je kerja kat situ, dia jadi lost dan try apply kat semua tempat, tapi dia tak dapat. Maka dia end up habiskan sisa sisa hidup dia dengan apply apply kerja kat kilang dan latest kerja dia as security sampai la dia dapat kerja kat tempat kerja aku sekarang.
You see, kesian kan kat dia? Degree holder berumur 30an yang mungkin pada tahun 2011 dah boleh jadi kaya raya dan ada semua benda, tapi pada umur 30 lebih baru dia nak panjat gunung kejayaan dan cari tujuan hidup dia. Mungkin aku boleh cakap dia kurang bernasib baik pada awalnya, tapi aku percaya yang kejayaan pada setiap orang akan datang. Cuma bergantung kepada masa, ada orang cepat dan ada orang lambat dapat kejayaan tu. Walaupun dah 13092483492384509438509385 cuba. Reason dia mudah, sebab Tuhan tak izin lagi kau capai benda tu. Tuhan tak izin lagi kau ada di tempat yang paling tinggi tu. Sebab Dia lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau, betul?
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari).
Bila dah start kerja, aku tak pernah tengok kawan aku tu mengeluh sikit pun. Apa yang senior suruh buat, dia ikot. Setiap masa kerja aku tengok muka dia tak pernah mengulat sekali pun. Maka memang dari situ aku nampak dia ada passion dalam retail. Dan aku cakap kat dia, WEH KAU KERJA LA KUAT KUAT. BAGI SEMUA ORANG NAMPAK KAU BAGUS DAN RAJIN BUAT KERJA. AKU HARAP KAU DAPAT JADI DIVISION HEAD DALAM MASA 2 TAHUN, INSYAALLAH. AKU DOAKAN KAU!
Dan sejak dari tu, aku sengaja mula panggil dia dengan gelaran BOS. Yang paling best sekali, semua budak budak batch aku yang baru masuk dah start panggil kawan aku tu BOS. Aku memang sengaja bagi dia gelaran macam tu. Dan bagi semua orang terbiasa panggil dia BOS. Sebab kan lebih 40 kali orang sebut kita dengan satu gelaran, benda tu sebagai doa?
Sesungguhnya, tu memang doa aku buat dia. Tak lama lagi, segala kesusahan dia akan berbaloi. Dan aku bukan saja nak dia jadi like a boss, tapi boss betul betul yang happily ever after wah macam cerita dongeng ke apa ni nak happily ever after pulak.
Aku tak tolak lawak kasar. Tak tolak lawak bodoh. Tak tolak lawak pedih. Kau bahan macam mana pun, aku tak tolak. Aku telan. Sapu habis. Sebab at the end of the day, benda tu cuma lawak. Untuk bagi kau, aku, jiran kau, moksu kau, posmen kau ketawa.
Tapi bila orang dah start sembang pasal fizikal kau, I can't take it anymore. I seriously can't take it weh.
"Berhati-hatilah tentang apa yang kamu perkatakan, terutama tentang fizikal seseorang.
Walau dengan niat bergurau atau mengusik, mungkin tanpa sedar membuat dia kecil hati dan rendah diri.
Kekurangan dia itu adalah ujian buat dia, maka jangan sampai menjadi asbab dosa buat kamu."
Nama saya Hana. Part time blogger and I write mostly about parenting, travel and recipes. Ada juga posting random mengenai diri saya dan keluarga. I don't write to impress, I write to feed my soul and maybe yours? Semoga tidak jemu ya!
Contact Me
For any enquiries / work / collaboration / free review* , please email to hannamaruku@yahoo.com *terms and condition apply