Harini aku dengan kawan aku beserta bos besar pegi keluar ziarah sorang family sorang staf sebab ada kenduri. Kami beramai-ramai telah menaiki sebuah kereta maka di dalam kereta itu kami berbual-bual kosong.
Sejak dari semalam aku memang dah bertekad untuk tidak bercakap banyak di depan orang, tidak bercakap main-main sambil buat lawak, bertindak serious gila dalam setiap perbuatan, dan berjalan dengan lebih perlahan supaya tidak akan di panggil hana kelam kabut. Maka harini adalah bukan main aku bertekad nak jadi serious gila time pergi kerja dan taknak cakap langsong. Tambah-tambah kalau depan bos lagi aku elak nak cakap lebih-lebih dah sebab aku takot tersalah cakap atau sebenarnya aku taktau pun apa aku cakap tu tak sepatutnya di cakap kerana diri begitu naive dan innocent.
Dalam kereta, bos duduk depan, aku dengan kawan duduk belakang. Tiba-tiba kawan bukak cerita
Kawan : Puan, dah keluar dah email yang kursus motivasi tu eh? Saya ingat cawangan tak buat. Rupanya buat jugak kursus tu.
Aku (yang acah-acah taknak cakap apa-apa harini konon wey konon) : Aah kan! Aku baru baca email tadi! Ha tapi sape tah penceramah motivasi tu weh? Tak kenal pun nama dia apsal dorang amik orang yang tak femes?
Kawan : Err, tu husband puan la.
Kawan : SAMBIL JEGIL MATA KAT AKU.
***
Perangai kau kan hana? Perangai kau. Sumpah memang aku taktau tu husband bos aku. Kepala bana juga perasaan malu ini menyelubungi hati hingga ke saat ini.
*nangis celah langsir*

"Kadang aku ini perlu di-silap-mata-kan telinga, di butakan pancaindera, di kosongkan kepala. Moga setiap habuk-habuk debu ini tak perlu datang ke mata, habis nanti hujan berkuasa. Boleh sendiri cakap, eh-peduli-apa aku? Aku hidup bukan kerja puaskan hati mereka."
Kanan tu nina. Kiri tu angah. Jangan sembang pasal angah. Boleh buat gaduh. Kalau sembang dengan dia, hari-hari sembang pasal politik. Letih mak jemah. Kalau angah ni perempuan dah lama aku kawenkan dengan Din. Dua-dua gila sembang politik. Aish pangggg. Itu makan dia.
Aku memang takde masa nak sembang pasal angah. Cuma nak cerita pasal nina. Miahahaha.
(Aku assume orang yang suka gelak macam miahahha ni, dia pasti akan miaw dulu sebelum dia hahaha) Ataupun sesiapa kat sini boleh cerita kat aku secara teknikalnya, macam mana nak gelak pakai sebutan WKWKWKWKW? Sumpah aku taktau nak sebut. Dah tanya kat twitter, sini pun nak tanya. Maklumlah. Aku tanya kat twitter, nampaknya seperti sembang sorang. Takde sapa hati mulia nak jawabkan. Shiannnn.
Okay aku dan nina adalah kawan baik since 2009. First time jumpa dia kat fakulti account uitm seri iskandar perak. Mula-mula nampak dia macam EH BAPAK TINGGI LA KAU NI? LAWA BEG. BELI MANA? Dalam hati je cakap. Dalam hati. Tak berani usik atau tegur, sedar diri pendek dan tak lawa ada hati nak kawan dengan orang lawa dan tinggi. Sumpah dia tinggi wei dalam 170 lebih lebih sikit. Bila jalan dengan dia, orang tak pandang aku dah. Orang pusing kepala 2 kali, pertama sebab dia tinggi kedua sebab dia lawa ketiga sebab orang baru perasan dia kawan dengan orang pendek keempat kawan nina yang pendek tu comel, eh.
Dan sampai sekarang tak sangka masih berkawan baik dan best fren foreber. Sebab tu la bila jumpa dia aku terus tak ingat dunia. Ada sekali tu kitorang janji jumpa kat jusco ipoh. Time tu orang taknak ramai pulak, 4 juta kereta nak masuk parking, aku malas nak masuk maka ambik keputusan parking kat belakang jusco je. Siap time tu jadi polis trafik 2 minit, ada kereta kat belakang nak parking depan aku. Lepas tu punya lah sweet aku pegi keluar bagitau dia OKAY BANG BOLEH JALAN LAGI BELAKANG SKET EH EH EH STOPPP. OKAY CUN.
Masa hari aku jumpa nina tu, ktorang parking kat tempat lain-lain. Tapi lepas dah bosan lepak dalam jusco, ktorang ambek keputusan pegi mana tah aku tak ingat dah. Time tu gerak dengan kete nina. Sampai nak malam dah aku dan nina bosan nak jalan-jalan rasa macam nak duduk-duduk dan mandi pula. Maka aku cadangkan nina untuk tidur je rumah aku dan balik. Confident la dua ekor perempuan tinggi dan pendek ini balik tanpa di sedari kereta aku tertinggal kat jusco lupa nak bawak balik.
Sampai-sampai rumah aku terus macam WOI WOI MANA KERETA AKU WOI?
Bongok.