MY BABY GIRL IS 3 MONTHS OLD APAKAH INI MIMPIIIIIIIII *tepuk tepuk kepala* *test realiti* *adakah ini realiti* *adakah aku dah habis bercuti* *sedar diri*
Dan dengan itu, harini aku mula kerja. Dimulakan dengan bismillah. Dimulakan dengan masuk lewat seminit. Bos tengok punch card pasti tepuk dahi. Sejenis apakah norhana rosmida ni? Sikit sikit datang lambat sikit sikit datang lambat bila nak bertaubat.
Azam baru 2015.
Semoga tidak ke laut.
Ok back to tajuk.
What is babywearing? Apa itu bayimemakai. Babywearing adalah bahan untuk mendukung baby menggantikan kedua buah tangan kau itu. Konsep dia sama seperti kau mendukung anak kau, tapi ini lebih mudah dengan ada support dan bantuan dari sehelai kain yang budiman. *ciom dahi kain tanda bersyukur*.
So far untuk sekarang, aku pakai wrap untuk Aqilah. Wrap brand Boba beli kat onebabyshop.com tak silap aku tak ingat dah. Mohon maafkan saya memang mak enon like that.
Masa ni aku nak keluar makan dengan mak abah. Aqilah dah kenyang, tidur lena lepas tu terus aku masuk dia dalam wrap. Sepanjang makan tu Aqilah tidur lena.
Tujuan aku buat post ni sebab :
Bila aku keluar letak Aqilah dalam wrap, orang akan pandang aku semacam. Sampai ada yang nampak aku nak snap gambar pakai handphone. Kecik besor je aku tengok dia. Nasib baik aku seorang yang penyabar maka aku biarkan saja.
Dimana, aku tau sebab apa dan persepsi orang will be like :
1) kesiannyaaaa letak anak dalam tuuuuu tak lemas ke? (negative)
2) senangnyaaa letak anak dlm tu tak penat sangat nak dukung. Lenanya baby tidurrrrr. Ehhhh mcm kangaroo pulakkk ( positif) (yeayyy) (faham konsep babywearing)
First time keluar dengan hubby dengan wrap. Ada this one group of chinese ladies tengok macam muka kagumm. Well ntah la kagum ke apa. Tapi macam teruja nya tak penah tengok orang babywearing ke :'DDD
Kenapa aku pilih babywearing?
1) Aqilah jarang nak directfeeding dengan aku. Maka bila aku letak Aqilah dalam wrap, rasa macam seronok sangat sebab it feels so good to be hugged by your daughter.
2) Tak penat nak dukung, bila ada wrap, dia support hips anak kau dan kaki anak kau.
Perhatian : kaki terjuntai (NO)
Perhatian : kaki berbentuk M atau kaki yang diparking lebih tinggi dari bontot anak kau (YES) (ergonomik)
Aku selama pakai boba wrap ni, tak lenguh langsung. Memang sumpah selesa dan ketagih nak dukung lagi dukung lagi!
3) senang nak pegi tempat sesak. Tak payah bawak stroller. Harung sahaja kesesakan itu tanpa peluh di ketiak. Tidak campor lagi peluh di ketiak mengangkat 12 kilo stroller. Hanya perlukan kain dan wrap di badan mak serta tros masukkan anak. Wah kini mak boleh shopping ngan bapak sambil pegang tangan. Eh? Macam baru lepas kawen laaaaaaa muah!
4) anak bila menangis mesti kita dukung kan? Bila dukung barulah depa senyap. Kenapa? Sebab bayi dilahirkan memang mengada. Nak skin to skin dengan mak. Nak dengar heartbeat mak yg dah 9 bulan hari hari dia dengar. And that makes babywearing ease your mak mak life. Sebab telinga baby akan lekap dengan bunyi heartbeat kau. Allah time tu, nikmatnyaaaaa. Dan perbuatan babywearing ni memang resembles keadaan baby dalam perut. Waktu kita berjalan pun badan kita akan terhenjut dan baby akan rasa betul macam dalam rahim.
Masa ni teman Abi dengan Acu swimming. Aqilah memang dah kenyang pastu tertidur. Masuk dalam wrap sambung tidur balik aaaaaa melts my heart away. I can always kiss my baby sambil dia tidur sambil baca baca mandrem hembus kat ubun ubun.
Kalau yang terer, siap BF anak dalam wrap ok. Tapi tu mmg kena praktis la sebab aku tak yakin kihkih.
5) ikotkan kajian orang kata anak akan lebih cerdik dalam berkata2 sebab dok dengar jelas apa kau cakap. Tapi kalau tanya aku, it doesnt contribute much kot. Budak yang naik stroller pun boleh bercakap cergas dan lancar. Ntah la? Haha.
---
Aku tengah mengumpul duit nak beli soft structured carrier (SSC). Macam berkenan ke boba 4g. Tapi ongkos nya berkenan jugaaaa. SSC lebih sng tak payah belit2 mcm wrap hanya buckle up saja maka sesuai untuk ibu bapa masa kini yang busy bebenor dengan dunia eh.
Aku macam mana pun masih cintakan wrap sebab wrap lebih rasa ketat dan badan anak dan kita lebih kejapp antara satu sama lain. You guys should try!
First day lepas pantang bawak Aqilah keluar adalah pergi wedd ajen insurans yang buat polisi Aqilah, Ika. Pergh first time keluar terus mummy bawak pegi Penang bertuahnya hidup. Pehtu dapat naik mercedez atok hang pulak tu. Mak hang ni kecit kecit mana kan merasa naik mercz, toyota corolla pun belum tentu.
First time tros travel jauh, punya la makpak Aqilah kaluit. Satu beg besau bawak barang Aqilah je. Sebab Aqilah kadang kadang refuse bf, terpaksa spare fm :'(
Lena baby girl mummy tidur.
Sampai Hotel muka takde mood. Lepas tu bunga besar besar tu taktau nak pegi mana. Hahah. Ni semua mummy punya pasal bosan satu badan masa pantang, semua headband dia pegi borong kat ig.
Aqilah perangai sangat time masuk hall. Nak pulak time baca doa, dia pun sorang sorang nak baca doa jugak. Mak kelam kabut dah cuba tenang kan sebab semua dah tengok haha.
Betul lah. Dulu berjalan berdua suka hati kau la nak berjimban jimbun. Dah bertiga ni macam2 nak tukar pampers, tiba tiba berak tiba tiba nangis.
Allahuakbar. Penat but the best feeling ever. Ini amanah Allah. Aqilah amanah Allah. Mummy cuba jaga sebaik mungkin ya?
There you go. One happy family at home. My baby girl is......... Mak kau ni memang fail la bab kira kira. 1 bulan 17 hari.
Harini dah 12/11/14. Bermakna lagi 5 hari aku nak habis pantang. TAK SABARNYA NAK MAKAN BEGER KFC KAU APA TAU.
Sebab aku memang tak tau nak buat apa kat rumah, semua jenis review ig aku pegi baca dengan niat nak shopping baju. Maklumlah, aku ni RETI bergaya. Kalau nak tau, baju-baju aku sejak dari sekolah menengah aku pakai sampai aku kerja skang. Punya la sayang dan kenilaian sentimental yang tahap teruk tak tau malu pakai baju pesen-pesen lama. Tahap pesen orang still berambot sarang tebuan dan bercermin mata sebesar side mirror kereta. Tidak ku buang baju-baju tu asal muat aku bedal. Jarang beli baju baru sebab duit aku banyak habis untuk makan dan family.
Pernah bos aku hint banyak kali pasal dressing code. Dia cakap pegawai kena la dressing lawa sikit untuk imej whatever imej lah aku peduli apa imej aku macam mr bean janji kerja siap. Ketegaq teruk.
Tapi tulah. Aku jadi insaf tiba-tiba nak korek baju-baju lama aku dan bagi kat orang sebab aku sendiri fikir aku dah jemu pakai baju-baju lama aku. Sampai la haritu aku terjumpa kawan lama time diploma, dia memang nampak aku dari jauh lepas tu tegur
HANA! DARI JAUH AKU NAMPAK BAJU KAU. MACAM KENAL JE BAJU TU.
YaAllah paham tak baju aku time diploma orang ingat kau nak mati ke naaaaaa. Dah 7 tahun berlalu kau pakai baju tu lagi yarabbi malunya naaa jatuh maruah mana nak letak 😅😅😅😅😅😅
Jadi harini projek baju cleaning
Baju yang semua corak bunga-bunga besor kaler vain 😅
Ni baju yang dah sort make sure menggunakan teknik baju 7 tahun lepas sila buang sekarang. Ni baju-baju hayat dalam 2-3 tahun kira OKLAH KOT.
Sekarang tengah fikir nak buat shawl cleaning pulak. Sebab dah macam tak zaman je orang pakai shawl selimut pashmina mina ea ea.
Nama saya Hana. Part time blogger and I write mostly about parenting, travel and recipes. Ada juga posting random mengenai diri saya dan keluarga. I don't write to impress, I write to feed my soul and maybe yours? Semoga tidak jemu ya!
Contact Me
For any enquiries / work / collaboration / free review* , please email to hannamaruku@yahoo.com *terms and condition apply