Aku tengok cerita Munafik pada suatu malam dengan hubby dan adik2. Aqilah tinggal duduk rumah sensorang kan dia dah besor. Aku suruh kunci semua pintu dengan pagar, kalau nak masak air ke apa tengok2 api. Bancuh susu kena 4oz sama dengan 2 scoop je. Kalau nak makan pandai2 la buah pear dalam peti es mummy dah buang kulit siap2. Nak tido garu belakang sendiri tau!
Allahuakbar, Anak.
*****************************
Tiba2 tajuk dan pendahuluan karangan adalah pasal Munafik adalah sebab kat rumah aku sekarang tengah pasang Astro First cite Munafik sebab nak kasi Mak aku tengok. KO JANGAN LA TANYA CITE MUNAFIK MEMANG SERAM SAMPAI NAK KENTUT PUN TAKOT TAHAN DULU WEH KEPIT KERUSI PAWAGAM! betapa lah exaggeration engkau sorang2 kat situ.
Ada ke patut hubby aku p tdo dah nak habes cerita, cakap lah memang takot tengok cerita hantu B? tak pernah dalam sejarah hubby tidor dalam wayang, Bila datang part Nabila Huda kena rasuk, kepala hotak dia la muka seram gila kot, pastu aku dah macam tak cukup ruang nak berteduh dah menyorok takot punya pasal, menggeletor begegor2 kerusi sambil tutup mata, nak peluk hubby tiba2 tidur.
K seram sorang2 ke. Sampai skang aku masih dapat rasa getaran ketakutan tu, memang macam tengok 3D kot, orang histeria depan mata sambil jantung berdegup laju, ARGHHH aku stress.
*****************
Aku ni semalam balik kerja memang dari petang sampai malam menangis. Sampai harini pegi kerja mata bengkak dan orang tegur
KENAPA MATA BENGKAK?
Malas jawab.
Atau dalam post lain kot.
******
Aku menyampah betul bila si tinggi ni upload gambar ni haritu.Memang tak suka pun bila orang cakap WEH APSALA 2005 KAU LEBIH KURANG 2015 KAU apa apa apa apa I tak suka sebab kenapa plak orang nak cakap u muda, padahal I muka tua sorang2?
Aku pernah mengemukakan idea supaya hubby menyimpan bulu hidung yang panjang sehingga boleh ikat pony tail, camtu.Atau pun tanam janggut banyak2 biar nampak beragas dan tua. Tapi, hubby I sejenis yang janggut sehelai tumbuh 4 tahun sekali, last2 aku yang berjanggut nak tunggu laki aku berjanggut literally.
Aduh.
Masa aku kawen haritu pun orang cakap muka hubby macam budak sekolah. Dan inilah perkara aku tak boleh terima, sebab mana boleh aku kawen dengan budak sekolah sedangkan muka aku macam umur mak budak sekolah? Kalau hubbty hantar gambar smart2 OMG marah gila. Kenapa pakai smart2 ni nak ngorat sapa I memang isteri insecure, maafkan saya.
Sebab pernah satu hari, aku pergi tabung haji dengan hubby, tengah mood baik ni hati ada senyum tiba2 akak kaunter tanya, adik ke? *sambil tunjuk hubby*. Maka aku telah mendebik muka akak tu sampai jadi bebola daging IKEA.
Muka akak kau. Bersama..... Puteri Sharifah Wan Nik Putera Tengku Raja Siti Nur Nurul
Aqilah.
'I tau la I sentiasa dalam hati you. Maksud I, jasad you kat mana jasad jasad jasad'
'Oh jasad kat opis.'
_________________________________
Takkan la I nak benci dan marah you hanya atas sebab 1 kesilapan. Sedangkan beribu kebaikan telah you buat selama ni pada I, I takkan pernah salah memilih kali ni. Wahai Imamku.
_______________________
Haritu Tot message aku dengan berbunyi macam ni, 'Hana kenapa kau lawak sangat?' aku tanya, kenapa? Rupanya dia dok proses dan melaksanakan pengkajian terhadap posting blog aku dari zaman sekarang hingga la zaman merepek aku. Aku tak sangka aku masih ada peminat, MASALAHNYA KAU MEMANG ADA PEMINAT KE.Oh tak kesah lah maka dengan ini aku dengan ikhlasnya ingin melambaikan tangan kepada Tot dengan ucapan, I love you Hanamaruku Lover(s) *flying kiss* *mulut bau tak*
Bila Aqilah tarik-tarik seluar pastu panggil Mum- my,
seronoknya Tuhan je tau.
Nampak makanan, terus cakap NAK.
KUAT GILA MAKANNNNNNNNNN MACAM MUMMY.
Orang dok tanya, Kurusnya anak kau, dia tak makan ke?
Kalau lah orang tau seorang Aqilah ni melantak makanan macam mana.
Siap orang makan dia sendeng-sendeng tolak-tolak selagi tak dapat, selagi tu dia panjat.
Lepas tu sekarang ni perangaibaru. Nampak Mummy pegi kerja tak nangis dah,
siap kalut sorang-sorang nak salam nak cium pastu BYEEEEE
*LAMBAI TANGAN*
*TUTUP PINTU. *
Semalam hubby tanya, "You nak I terus botak ke ada rambot balik''?
Aku jawab, "Mesti lah nak You botak. Biar tak hensem nampak kurus takde sapa tengok."
Lalu dia jawab, "Ok kalau camtu I simpan rambot."
(-_-)
Dia provoke lagi,
"Baik You jawab soalan I terbalik. I akan jawab terbalik jugak."
Laju aku jawab, "Ok I nak You simpan rambot. "
"Haaaa. Bagus. I simpan rambot."
(-___________-)
Menyesal layan.
Ok.
Esok kerja. Kerja yang kau memang nak dari dulu, Human Resource.
Ada benda rasa macam eee seronok tak sabar nak pergi kerja.
But when it comes to people....
Penat nya. Perangai macam-macam.
Dah tu mcm mana kan?
Kerja macam perkahwinan.
Ada yang kau jatuh cinta dulu, lepas tu kahwin.
Ada yang arranged marriage. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal sayang sampai syurga.
Ada yang benci-benci tengok-tengok kahwin.
Ntah? Aku kategori apa?
Habis belajar terus dapat kerja.
Tak sempat bercinta.
Nasib ja.
Pandai cakap agaknya.
Masa interview panel ternganga.
Sampai tahap aku dah berenti cakap, panel pegi tanya, eh dah habis ka?
Perli teruk sebab aku banyak cerita ke sebab memang betul-betul you're amazing just the way you are?
Kahkahkah.
Betul lah orang cakap. Cerdik CGPA tak sebagus cerdik pengalaman.
Teringat hubby pesan tadi,
jangan lupa berdoa,
minta ilmu yang kita dapat ilmu bermanfaat.
Kita dapat jumpa semua jenis manusia, ilmu hatta,
Tapi tak dapat tandingi ilmu bermanfaat.
Tak semestinya di tingkat paling tinggi dunia,
sekadar pondok sahaja,
Allah paling layak letakkan ilmu itu namanya bermanfaat di dada,
Cukup untuk anak cucu simpan bersama.
___
Hubby tanya, apa impian You? You dah bersedia nak jadi kaya?
Nama saya Hana. Part time blogger and I write mostly about parenting, travel and recipes. Ada juga posting random mengenai diri saya dan keluarga. I don't write to impress, I write to feed my soul and maybe yours? Semoga tidak jemu ya!
Contact Me
For any enquiries / work / collaboration / free review* , please email to hannamaruku@yahoo.com *terms and condition apply