Day 27 — This month, in great detail
Ok cerita dia macam ni. Tadi aku baru call Tasha kat Egypt, dia kata dia tengah shopping barangbarang cenderamata sikit nak bawak balik Malaysia. Geli la jugak bila tulis cenderamata. Souvenir sudah? Kehkehkeh. Lepas tu, ni ayat dia sempat pesan kat kawan aku, kawan aku tolong post kat FB ;
Alhamdulillah. Semua wafidat malaysia di mesir selamat. Saya akan pulang esok berseorangan. Tolong doakan saya selamat meredah ribuan manusia di airport. Terima kasih tak terhingga utk keluarga dan sahabat yg tak henti mendoakan saya dan semua umat Islam di bumi mesir ni. Malaysians akan pulang secara beperingkat mulai esok. Mohon Al-fatihah buat teman arab saya yg sudah kembali ke rahmatullah. (@[697291378:Natasha Nabilla])
Serious weh, bila aku dengar suara dia okay, aku syukur gila. First time aku call dia kat sana, bukan dia yang sebak, aku yang jadi otomatik sebak. Suara terang terang dah tak boleh nak kaverline, ada terkincit jugak pitching, lepas tu nanges. Bila sorang dah nanges, sorang lagi mesti ikot. Mula la nak mood mood sembilu kasih. Lepas tu rate call pulak kemaen nak MURAH, time nak cakap dua dua pulun. Sampai aku rasa banyak kali bertindih, dua dua tengah cakap, maka infomation tak deliver di situ. Sorang eksaited nak cerita, sorang eksaited nak tanya. Yang tukang tanya tu pulak jenis mak enon, tak menyempat nyempat semua benda dia nak bantai tanya. Hekhekhek. Aku lettew orang yang banyak tanya tewww.
Tasha balik esok, tolong semua doa dia selamat sampai, Amin. :)
Sebenarnya kan, dah lama aku tak update blog secara melulu. Gaya macam takde masa depan. Tak tau pun nak update apa sebenarnya. Harini duduk kat tempat kerja heaven. Employees cina semua amik cuti awal. Ofis memang sunyi sepi. Berbekalkan semalam aku tidur lambat dan pagi pagi nak pegi kerja still mengantuk, aku sampai sampai ofis, duduk kat meja, tarik nafas seketul dua, hembus kiri hembus kanan, lalu dengan aman aku lentokkan kepala atas beg. Bukan main lena lagi aku tido siap termimpi mimpi.
Haritu kawan aku Paeh dapat jemputan dari MIG untuk majlis yang David Teo tu dok bagi kat artis artis dia rumah la pakej umrah la kereta la. Before Paeh pegi, aku pesan kat dia sambil pisau blade 14 cm di leher dia, AKU NAK KAU BALIK DENGAN NOTES DARI FARID KAMIL KEPADA AKU. KALAU TAK, KALAU TAKKKK, *ayat tak boleh di sambung atas sebab sebab aku menipu padahal tak cakap pun macam tu*
Maka, bila dia balik, memang dia bawak balik notes. Eh, notes ke? Kemaen notes lagi.
Secebis je la pon dia tulis nama aku Hana. Sumpah sign dia macam bapak aku. Tah tah Paeh collaborate ke apa tah dengan bapak aku, suruh bapak aku je sign T____T Kemaen busy lagi kau eh Ayed, nama sendiri pun sempat tulis FaridKa je. Mil terus nak ghaib jadi tulisan mission imposible tenenet tenenet.
Uish tengok dia senyum terus tak jadi nak marah aummm.
Eh dah la macam panjang sangat aku mengarut, sebelum aku akhiri entry-tah-kemana-hala ni, aku serikan gambar aku dan budakbudak opis dok camwhore sempena meraikan bos bos takde kahkahkah.

Semua style syok sendiri. Pakai self timer lepas tu lari cepat cepat sebab nak make sure muka ada masuk dalam gambar. Teros jadi macam muka terrorist.
12 Comments
wa sejuk hati tengok akak pakai jilbab eceh.
ReplyDeleteperasaan risau kat pelajar malaysia yang kat mesir dah berkurang sikit. tapi harap harap takde bad things happened lagi la.
eh, yang kawan arab tu meninggal sebab kejadian tu la ya? Innalillah..
bila terrorist nak kapel dengan farid ka ni...single mingle dah tuuu, tak sabar nak tengok kat muka depan metro tau keh keh keh
ReplyDelete@ fiqah
ReplyDeletehaha acah2 jilbab je.
meninggal sebab terkena something time rusuhan kalau tak silap.
@ zarifah
laaaaa metro bulan lepas dah masuk. kau tgu sket jam, utusan malaysia depan skali. bahagian lua negara
moga kwn hana selamat sampai di M'sia... :)
ReplyDeletePhewit phewiiitttt. I tunggu time ja nak En. Farid Ka nak keluar statement kate die dah kapel dgn you bebeh!
ReplyDeletehai.. saya farid kamil.
ReplyDeletelain kali sy letak nama hana panjang2 k.. hoho
sorg terrorist dpd mesir terlepas..
ReplyDeletekehkeh suka farid kamil rupernya...
ReplyDeletejika anda hanna maruku, saya plak hanna montana,kehkeh
http://kipasmati.blogspot.com/2011/02/al-kisah-mengenai-pengasas-mukabuku.html
hannamaruku, mintak fotostat sign farid ka tu tuk orang kat sini gak haha :D
ReplyDelete@ yayalya
ReplyDeletedah sampai dah, amin :)
@ tot
ceh nak kapel ape bende. name pon sekerat je de letak faridka. haha
@ farid kamil
hai hamzah ian blogger pemesh
@ zidEL zhafiz
hahaha jangan macam2
@ AkuBukanBlogger
=)
@ Bazilah
ceh ceh sign sekerat pon nak ke woi :D
hai hanna,1st time ni masuk blog awak...
ReplyDeletesuka baca entri2 awak..kelakar!haha
awk kipas susah mati FK ke?dlu sy penah 1 skolah dgn adik FK ni...muka dia ada jgk macam FK..hohoho
Kahkahkah
ReplyDeleteJom komen.