Azam baru (jangan gelak)

by - February 07, 2015

Sebenarnya aku dah bukak laptop ni lama. Sejam lepas mungkin. Tujuan aku bukak laptop adalah aku kini ada (muhammad) azam baru, SIAPKAN MINIT MESYUARAT KAT RUMAH.

Sesungguhnya sejak aku lahir, aku tak pernah terfikir diriku ini ditakdirkan untuk bekerja sebagai seorang admin officer yang quarterly hidupnya di himpit dengan pelbagai mesyuarat, sebagai setiausaha mesyuarat yang tak setia dan tak berusaha langsung.

Apabila kau menjadi seorang setiausaha, kau adalah otomatik akan menjadi seorang urusetia, yang akan buat minit mesyuarat, yang akan jaga kedatangan ahli mesyuarat, yang order makan, yang tunggu sampai semua ahli balik baru kau boleh balik dan kena present hal-hal admin dalam meeting like seriously mengapakah  kau kena buat semua benda like seriously.

OK ADA KERJA ADA GAJI.

Ok sekarang laptop aku tengah scan hardisk aku dan baru 50% scanning maka aku memfreekan diri untuk menulis ini.

Sambung.

Aku nak tanya kepada diri aku, kalau sehari tak merungut tak boleh ke. Lalu diri aku jawab, engkau tu yang ikot hati dan perasaan sangat yang terlalu inginkan kepuasan dari seorang manusia dan bukanlah Tuhan? Tengok diri sendiri dah jadi ustazah. Muhasabah diri sikit Hana.

Mak. Apa lama sangat scan hardisk aku ni baru 60% okay sambung.

I miss my hubby so much.

Tiba-tiba nya.

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews