Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!

by - February 10, 2021

 

Hi korang! 

Assalammualaikum. Okay, hari ni aku nak share dengan korang cara nak buat kuih tepung pelita cara moden yang senang gila dan cepat! 

Selama ni kita tengok orang buat kena lipat daun pisang lepas tu kena kukus, renyah. Okay, resipi kat bawah ni untuk korang yang sejenis tidak penyabar dan duduk di tengah-tengah KLCC taktau nak cari daun pisang kat mana, resipi kat bawah ni sesuai sangat untuk korang. 

Kuih tepung pelita ni memang popularrr sangat time bulan puasa, ingat lagi masa study dulu mesti ni la kuih nombor satu paling cari. Pun favorite suami ku, maka ini lah masanya I nak tunjuk yang I ni bini yang pandai masak dan menjaga perut suami walaupun betapa la laki aku ni makan banyak tapi tak buncit-buncit perutnya T________T



Fuhhh sedapnyaaa! 


Okay, sebelum aku tunjuk step by step, aku bagi resipi keseluruhan dulu ya. 


Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih

Lapisan Hijau 

15 helai daun pandan

4 cawan air

Blend kan 

Tapis dan tuang dalam periuk 


Campurkan dengan :

1 cawan gula (boleh kurangkan)

1 cawan tepung beras

Kacau dengan api perlahan sampai likat


Ambil bekas kecil kosong, letakkan gula  sedikit (sedikitttttt je tau jangan banyak macam dalam video mummy manis sangat nanti!) kemudian tuangkan lapisan hijau yang dimasak likat tadi panas-panas supaya gula mencair. 


Lapisan putih

4 cawan santan (aku guna jenama Saji BEST SANGAT!)

4 sudu besar tepung beras

1 sudu kecil garam 

Kacau semua bahan sehingga likat, tuangkan atas lapisan hijau. 

SIAP!

Okay, jom aku tunjuk kat korang 

Step by step buat Kuih Tepung Pelita Guna Bekas Dadih ni. 

Okay kali ni buat kuih best sikit sebab dah ada pembantu terbaik di dunia Kak Rina ku sayangggg.



Lepas dah blend daun pandan dan air, masukkan ke dalam periuk. Aku guna periuk tefal yang non stick tu, so nanti tak payahk susah-susah nak sental. 

Bab-bab mengacau sampai lebam ni aku serahkan terus kepada Kak Rina ya bagi sado sikit lengan dia. :D


Masukkan gula 


Masukkan tepung beras



Kacau sampai likat macam ni 



Tuang gula dalam bekas (sikit je tau, aku punya ni banyak sangat!)

Masa ni biar tuang je lapisan hijau tu panas-panas, nanti gula tu akan mencair emmmm dapnyaaaa!


Okay, next kita buat lapisan putih pulak. Layer putih ni paling sedappp yang Allah! Boleh ratah gitu je! 
Lets jom!


Tuangkan santan saji, sukat dulu ya. Why aku suka guna santan Saji? Korang tengok lah tu, pekat gila tau santan dia. Ada setengah santan kotak aku perasan cair betul, terus turn off. Tapi santan Saji ni memang bae :') 



                                                              
                                                        Masukkan tepung beras, dan garam sikit. 





Api perlahan, kacau sampai likat macam ni. 





Lepas dah pekat, boleh letak lapisan putih atas lapisan hijau tadi. 





Yeayyyyyyyyyyyyyy sedapnya!!


Sebab aku terlebih rajin, aku saja kukus 5 minit ahahaha sebenarnya tak payah kukus pun takpe.




Pegi depan jap ngadap Imam Besor Cyberjaya ni eeeeeeeeeeeeeee




Okay siap boleh lah hias letak daun pandan sikit a gituuuuu. 


Selamat mencuba korang!! 

Nak makan sejuk ke panas, terpulang kat korang. Macam aku, memang suka makan panas-panas fuh sedapnya, cair-cair gitu rasa gula dia. Dari segi taste, I would prefer yang dalam daun pisang sebab rasa pisang tu memang menambah sedap kan? Tapi woi siapa nak lipat daun pisang tu masalahnyaaaa omggg tak reti T_________T


You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews