5 Resipi Biskut Raya Berasaskan Coklat Dari Azlina Ina Yang Confirm Sedap Dan Jadi!

by - May 17, 2020


Hi Korang!
Assalammualaikum. 

Okay, lagi berapa hari je nak raya ni. Tahun ni tah kena sampuk apa, semangat pulak aku nak buat biskut raya sendiri. Aku still in confinement dan habis pantang 20 Mei ni. Aku rindu sangat nak shopping barang bakery dah lama sangat pencen ni, kena beraksi semula alang-alang roh dah mari! Haha. So, aku ada lah kumpul beberapa resipi dari facebook untuk projek biskut raya tahun 2020 ni, banyak gak resipi aku jumpa, tapi resipi biskut raya dari Azlina Ina ni yang paling syok sekali dan senang sebab dia bagi step by step satu-satu, semoga beliau dilimpahkan lagi rezeki seluasnya sebab rajin share resipi kat kita-kita yang tak pandai ni! 

Bawah ni adalah resipi biskut raya berasaskan coklat yang aku rasa menarik dan senang nak buat. Aku tengok ramai cakap yang resipi dia semuanya confirm jadi dan sedap! Jom tengok biskut apa yang kena! 


5 Resipi Biskut Raya Berasaskan Coklat

1. Resipi Biskut Almond London

Bahan-Bahan dan Cara Membuat Biskut Almond London Sukatan Gram dan Cawan

Bahan-Bahan

Kacang almond
250g butter / 1/1/4 cawan
80g gula icing / 3/4 cawan 
1 biji kuning telur
3sb minyak masak 
1sk esen vanilla 
450g tepung gandum cap ros / 4 1/2 cawan
1/2 cawan serbuk badam 
2sb susu tepung 
1/2sk baking powder 
1/2sb empleks / tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
250g coklat masakan beryls 
2sb shortening / minyak masak

 Cara-cara

Kacau rata serbuk badam, susu tepung, baking powder, empleks dan tepung jagung. Kemudian masukkan tepung. Masukkan sedikit demi sedikit dan adjust la tekstur adunan tu masa uli ya. Masukkan almond dan bentukkan bujur kemudian bakar. 

Untuk topping, cairkan coklat dan shortening. Kemudian boleh lah tuang atas biskut yang dah dibakar. Last sekali tabur badam cincang. Siap! 

 2. Resipi Biskut Snowy Nestum 

 Bahan-bahan dan Cara Membuat Biskut Snowy Nestum Sukatan Gram dan Cawan

 Bahan-bahan 

250g marjerin / butter 
1sb shortening 
1 cawan gula kastor 
Sedikit esen vanilla 
2sb serbuk koko
1sb empleks
1sk baking powder 
1/2sk soda bikarbonat
1/2 cawan susu tepung 
60g tepung jagung / 1/2 cawan 
1 cawan nestum kisar (bukan 3 in 1 ya) 
300g tepung gandum / 2 1/2 cawan 

Cara-Cara

Kacau marjerin, shortening, gula, esen vanilla, serbuk koko, baking powder, soda dan susu tepung. Kemudian tambahkan tepung jagung, nestum dan tepung gandum. Tambah sikit-sikit sehingga jadi doh, jangan terlalu keras. Bentukkan secara bujur dan bakar. Akhir sekali, salutkan dengan tepung susu full cream. Siap! 

3. Resipi Almond Stick 

Bahan-Bahan dan Cara Membuat Almond Stick Sukatan Gram 

Bahan-Bahan 
 
1 pack roti choc raisin Gardenier 
Marjerin / Butter 
Badam cincang bakar 
500g choc milk compoun
3sb shortening 

Cara-Cara

Potongkan roti bentuk stick, sapukan butter di atas dan bakar. Sementara tu, carikan coklat masakan dan shortening. Selepas coklat cair, celupkan roti yang telah dibakar ke dalam coklat dan salut dengan badam cincang. Siap! 

4. Resipi Biskut Coklat Rice 

Bahan-Bahan dan Cara Membuat Biskut Coklat Rice Sukatan Gram dan Cawan 

Bahan-Bahan

125g butter 
120g gula / 3/4 cawan   
1sk esen vanilla 
1 biji kuning telur
1sb shortening
50g minyak / 1/4 cawan
3sb serbuk koko
1/2sb baking powder
 1/2sk soda bikarbonat 
60g serbuk badam / 1/2 cawan
60g tepung jagung / 1/2 cawan
200g tepung gandum / 2 cawan
300g choc milk beryls 
1sb shortening 
Coklat rice

Cara-Cara

Kacau rata butter, gula, esen vanilla, telur dan shortening. Kemudian masukkan minyak, serbuk koko, baking powder, soda, serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Setelah menjadi doh, canaikan dan terap mengikut bentuk disukai kemudian bakar.

Sementara itu, cairkan coklat dengan shortening dan curat coklat atas biskut yang telah dibakar. Taburkan coklat rice. Siap!  

5. Resipi Coklat Cip Famous Amos Azlina 

 Bahan-Bahan dan Cara Membuat Biskut Coklat Cip Famous Amos Azlina Sukatan Gram dan Cawan 

Bahan-bahan 

250g salted butter / 1 1/2 cawan
1 cawan gula perang
1 biji telur 
3 cawan tepung gandum 
1sb tepung beras
1sk baking powder 
1sk soda bikarbonat
1/2 cawan minyak masak 
Sedikit esen vanilla 
Coklat cip (simpan peti ais dulu) 
Badam cincang (bakar dulu) 

Cara-cara

  Satukan butter, gula dan esen vanilla. Kacau menggunakan senduk, kemudian masukkan telur. Masukkan minyak dan tepung, baking powder dan soda. Adunan memang lembik ya. Akhir sekali masukkan coklat cip dan badam. 

Simpan peti ais dalam 10 minit kemudian bakar dalam masa 20-25 minit. Siap!



 

You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews